View: 1154|Reply: 5
|
Mata Tersembul Keluar, Budak 9 Tahun Berpotensi Buta Dijangkiti Covid-19
[Copy link]
|
|
London- Seorang kanak-kanak lelaki di Britain terpaksa meraikan Hari Krismas di hospital dan hampir menjadi buta selepas dijangkiti Covid-19 yang menyebabkan kesan sampingan pada matanya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Zac Morey, 9, dari Bristol hilang penglihatan pada mata kirinya selepas kurang seminggu disahkan positif Covid-19.
Kelopak matanya hampir tertutup sepenuhnya disebabkan oleh jangkitan kulit yang dikaitkan dengan Covid-19, dinamakan selulitis orbital.
Foto: SWNS
Walaupun dia telah sembuh sepenuhnya, keluarga kanak-kanak itu telah masih risau.
“Matanya kelihatan seperti akan ‘tersembul keluar’.
“Tidak mungkin Zac dapat membuka matanya tanpa menarik kulit pada bahagian itu. Matanya bengkak dalam keadaan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, “ kata ibu Zac, Angela.
Menurut Angela, Zac pada mulanya diuji negatif Covid-19 sebanyak dua kali, namun pada 22 Disember 2021, mata kirinya terasa sakit.
“Menjelang malam Hari Krismas, kami membawanya ke hospital dan Zac diberikan ubat antibiotik jenis titisan selama dua hari.
“Mereka (pasukan perubatan) berkata sekiranya ia menjadi terlampau teruk, mata Zac berpotensi menjadi buta,” kata Angela.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan mata kemerahan dan gatal-gatal sebagai kesan sampingan Covid-19 yang luar biasa dengan pelbagai kajian telah mengaitkan selulitis orbital dan koronavirus. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
chzy senyum separuh sinis separuh sedih...sambil usap usap peyut macam lopak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
stingeritters replied at 6-1-2022 07:51 AM
chzy senyum separuh sinis separuh sedih...sambil usap usap peyut macam lopak.....
Awat dia sat sat senyum sat sat sedih? Dan awat dia pi usap perut dia? Hamil ka pa ka ? |
|
|
|
|
|
|
|
BartholomewKuma replied at 6-1-2022 08:16 AM
Awat dia sat sat senyum sat sat sedih? Dan awat dia pi usap perut dia? Hamil ka pa ka ?
Kena tunggu empunya badan jawab......lebih afdhol....
Senyum dalam sinis...senyum dlm sedih.....
|
|
|
|
|
|
|
|
stingeritters replied at 6-1-2022 08:21 AM
Kena tunggu empunya badan jawab......lebih afdhol....
Senyum dalam sinis...senyum dlm sedih.....
Tu kaaa. Aku dok ingat hang dok pi tala dia ka pa ka hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|