View: 669|Reply: 3
|
[Tempatan]
Pengurus, pengarah ditahan buang sisa kilang di Sungai Perembi. Pic muka di'blur'kan
[Copy link]
|
|
Pengurus, pengarah ditahan buang sisa kilang di Sungai Perembi
https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... -di-sungai-perembi/
Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
5 Januari 2022, 2:00 pm
Seorang pengurus dan seorang pengarah kilang ditahan JAS Johor kerana membuang sisa buangan di Sungai Perembi, Pasir Gudang, Johor.
JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menahan seorang pengurus dan seorang pengarah kilang kerana dipercayai melepaskan sisa buangan di Sungai Perembi, Pasir Gudang di sini kelmarin.
Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusoff berkata, mereka yang ditahan merupakan lelaki warganegara tempatan dan berusia 50-an dan 40-an tahun.
Katanya, kedua-dua mereka ditahan ketika serbuan dijalankan terhadap premis berkenaan pada pukul 4 petang.
“Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam lebih kurang pukul 5 petang.
“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana melepaskan air buangan efluen tidak terolah secara pintasan (bypass) ke Sungai Perembi,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini. – K! ONLINE.
|
|
|
|
|
|
|
|
setakat dende je x padan dgn geng nie |
|
|
|
|
|
|
|
cina kah ini atau melayu |
|
|
|
|
|
|
|
nanti ada lagi kes berlaku. penguatkuasaan undang2 lemah! |
|
|
|
|
|
|
| |
|