|
Sumber: CNET
Sejak kewujudan varian Omicron, penyanyi berusia 37 tahun ini menerima banyak mesej yang keliru antara namanya dengan virus berkenaan.
Secara berjenaka, Omarion kemudian memuat naik video di akaun TikTok memperkenalkan dirinya sebagai seorang artis dan tidak ada kaitan dengan Covid-19.
"Saya ingin anda tahu, sekiranya kita terserempak, anda tidak perlu menjalani lima hari kuarantin. Anda juga tidak memerlukan keputusan saringan negatif untuk menari mengikut rentak muzik saya.
"Saya harap anda semua sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan," katanya.
Pemilik nama sebenar Omari Ishmael Grandberry itu pernah berhadapan situasi sama pada tahun 2000 ketika namanya 'meletup' sebagai vokalis kumpulan B2k.
"Kali terakhir saya berada dalam situasi seperti ini adalah pada 2000. Ketika itu, orang ramai keliru dengan kumpulan B2K dan Y2K. Saya harap, ini adalah kali terakhir saya perlu tampil menjelaskan kekeliruan," katanya. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|