Lebih kurang 700 kambing biri-biri disusun dalam barisan bagi menghasilkan formasi berbentuk jarum suntikan di sebuah ladang di Schneverdingen, selatan Hamburg, Jerman.
Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan
Formasi itu merupakan antara usaha kerajaan Jerman untuk menggalakkan lebih banyak penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19.
Media tempatan melaporkan, kesemua haiwan itu disusun dalam barisan menggunakan umpan roti.
Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan
Panjang formasi jarun suntikan itu mencecah 100 meter dan ia dihasilkan peladang dikenali sebagai Wiebke Schmidt-Kochan.
Katanya, dia menghabiskan masa beberapa hari bagi melatih kambing biri-birinya untuk membentuk formasi tersebut.
Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan
“Saya meletakkan kepingan roti atas garisan yang membentuk formasi jarum suntikan.
“Kemudian, kesemua kambing biri-biri itu diletakkan mengikut garisan tersebut dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar,” katanya.
Kredit foto: IG Wiebke Schmidt-Kochan
Sehingga kini, jumlah penduduk Jerman yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 adalah seramai 71.2 peratus.
Sumber: Utusan |