CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

Elon Musk kembali jadi manusia terkaya dunia

[Copy link]
Post time 4-1-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk - Foto Reuters

MOSCOW: Kekayaan pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk melepasi nilai AS$300 bilion (RM1.25 trilion) untuk kali kedua dan kembali menjadi orang terkaya di dunia.

Memetik laporan Sputnik, berdasarkan senarai masa nyata Forbes, kekayaan Musk kini dianggarkan berjumlah AS$304.2 bilion (RM1.27 trilion) selepas melonjak sebanyak AS$32.6 bilion (RM136.4 bilion) hanya dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ia menjadikan Musk kekal sebagai orang terkaya di dunia dengan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault menduduki tempat kedua dengan nilai kekayaan lebih AS$200 bilion (RM837.2 bilion).

Pada 1 November 2021, Musk mencecah rekod kekayaan tertinggi dunia pada AS$300 bilion dari segi jumlah asetnya, menjadikannya orang pertama yang mencapai nilai kekayaan itu.

Kekayaan Musk meningkat mendadak berikutan lonjakan dalam saham Tesla, didorong oleh perjanjiannya dengan syarikat sewa kereta Hertz untuk penjualan 100,000 unit Tesla.

Awal minggu ini, saham Tesla sekali lagi melonjak selepas laporan syarikat menunjukkan hampir satu juta kenderaan elektrik dihantar sepanjang 2021.

Nilai kekayaan Musk kebanyakannya disumbang daripada pegangan sahamnya dalam Tesla dan SpaceX, menjadikan nilai bersih kekayaan beliau tidak menentu dan tertakluk kepada turun naik pasaran.

Pengasas Amazon dan pesaing rapat Musk dalam ranking Forbes, Jeff Bezos, menduduki tempat ketiga dengan nilai kekayaan lebih AS$196 bilion (RM820 bilion).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 1.401655 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list