View: 1263|Reply: 9
|
Bukan 'Kaleng-Kaleng' Menipu- Dapat Duit, Makanan, Barang Elektrik Sebab Kononnya Jadi Mangsa Banjir
[Copy link]
|
|
Kuantan: Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan di Mentakab, Temerloh, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berumur 33 tahun itu didakwa membuat permohonan bantuan banjir yang disampaikan sebuah NGO di pusat pemindahan sementara (PPS) di Temerloh pada 29 Disember lalu.
"Suspek mendakwa dirinya berstatus ibu tunggal kepada tiga anak dan tidak menerima sebarang bantuan, menyebabkan NGO itu memberi sumbangan kewangan, bekalan makanan, toto, selimut, bantal dan peralatan elektrik seperti kipas angin, mesin pengisar dan periuk nasi bernilai RM700.
"Bagaimanapun, NGO itu menerima rungutan orang ramai mendakwa wanita itu bukan mangsa banjir kerana alamat rumah yang digunakan dalam permohonan itu tidak didiami suspek," katanya menerusi kenyataan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/04/111040k0erzstuxvkuftez.png) Gambar Hiasan
Mohd Wazir berkata, seorang ahli NGO Itu membuat semakan sendiri dan mendapati wanita itu turut membuat permohonan bantuan kepada NGO serta sukarelawan lain, menyebabkan pengadu membuat laporan polis.
Siasatan awal polis juga mendapati alamat yang digunakan oleh suspek serta rumah yang didakwa ditumpanginya tidak berpenghuni selain semakan dengan ketua kampung di situ mengesahkan wanita itu bukan mangsa banjir.
Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. -CARI
Sumber: harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Macam biasa dekat fb penuh puak sakai duk husnuzon tak sudah2..patut la scammer berleluasa je sebabkan pemikiran bodoh puak barua2 sikit2 husnuzon ni la..siyal betul |
|
|
|
|
|
|
|
ni macam orang pon ade..tp tu la orang kita mmg bagus pemurah |
|
|
|
|
|
|
|
Haa Tu lah.. mesti ade je yg ambik kesempatan... Kang bile procedure diketatkan kata birokrasi pulak... Jenuh.. xpaham betul la org pangai cam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa ler kat tanahair ni bila ada peluang ramai je cuba ambil kesempatan. Nasib dalam kes ni ada yang siasat betul2 dulu siapa dia sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb org2 gini lah kjaan ritu buat mcm2 syarat, nak kena ada gambar keadaan rumah, bil utiliti etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. tak boleh nak husnozon sangat..
nak derma pun rasa was2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kira tempat & masa, geng2 licik mcm
ni sentiasa ada. Sbb org2 tamak ni ada, org nak buat baik jadi makin kurang |
|
|
|
|
|
|
|
kat fb sakan jual makanan bantuan banjir
prelove ler sangat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|