CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 932|Reply: 12

[Tempatan] RM25 juta hilang, Pegawai Kanan SPRM mengaku tidak salah pecah amanah

[Copy link]
Post time 4-1-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode
RM25 juta hilang, Pegawai Kanan SPRM mengaku tidak salah pecah amanah

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... salah-pecah-amanah/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
4 Januari 2022, 10:37 am


Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini direman berhubung kehilangan wang berjumlah RM25 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah terhadap wang itu.

Tertuduh Shahrum Nizam Baharuddin ,40, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang Penjawat Awam iaitu Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Gred P44 dan dalam kapasiti tersebut, telah diamanahkan dengan penguasaan harta iaitu matawang AS Dollar berjumlah AS$6.94 juta telah melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Ketua Cawangan Tindakan Khas (CTK) Aras 14, Blok C, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara 17 Disember 2018 dan 9 April 2019 yang didakwa mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pada September tahun lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia akan memanggil tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini direman enam hari oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah AS$6 juta (RM25 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, berkata pihaknya juga turut akan memanggil pemilik wang berkenaan, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Menurut Abd. Jalil semua mereka akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan dan mereka dipanggil berdasarkan siasatan oleh pegawai penyiasat.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata PDRM sudah membuka satu kertas siasatan berhubung satu laporan polis yang diterima berkaitan isu berkenaan.

Hamzah berkata, kertas siasatan dibuka di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis (KEP).  – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 11:00 AM | Show all posts
gelap mata. hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 11:02 AM | Show all posts
ironinya, orang tak boleh nak dakwa azam baki sebab azam baki ada nama2 orang2 besar yang makan rasuah katanyalah. chuols rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 11:04 AM | Show all posts
follow jah @ES_EdisiKhas kat twitter chuolszahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 11:15 AM | Show all posts
https://www.malaysiakini.com/news/605537



A senior MACC enforcement officer pleaded not guilty today to misappropriation of RM25 million cash evidence linked to a major corruption case.

Shahrum Nizam Baharuddin, 40, was composed when he made the plea after the charge was read during open-court proceedings before the Kuala Lumpur Sessions Court this morning.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 11:38 AM | Show all posts
Penguasa Kanan SPRM didakwa pecah amanah wang AS$6.94 juta

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... nah-wang-as694-juta

Disiarkan pada: Januari 4, 2022 @ 11:18am

Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]


FOTO hiasan

Kuala Lumpur: Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang tunai berjumlah AS$6.94 juta.

Bagaimanapun Shahrum Nizam Baharuddin, 41, yang kelihatan tenang mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai penjawat awam iaitu Penguasa Kanan SPRM, Gred P44 dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas mata wang AS$6.94 juta melakukan pecah amanah terhadap harta berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik Ketua Cawangan Tindakan Khas (CTK) Aras 14, Blok C, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara 17 Disember 2018 dan 9 April 2019.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah jaminan diberikan ke atas tertuduh kerana membabitkan kesalahan serius selain mendapat liputan media

"Sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10 juta dengan tiga penjamin terhadap tertuduh," katanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan ikat jamin kerana masih bertugas sebagai penjawat awam dan tidak berisiko melarikan diri.

Bagaimanapun mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2022 11:40 AM | Show all posts
Melayu isle kahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 11:41 AM | Show all posts
Pegawai kanan SPRM dituduh seleweng RM25j wang bukti

https://www.malaysiakini.com/news/605536

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Jan 4, 2022 10:22 AM

Dikemaskini: 11:37 AM



Seorang pegawai penguat kuasa kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyelewengkan barang bukti berupa wang tunai bernilai RM25 juta.

Shahrum Nizam Baharuddin, 40, tenang ketika membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semasa prosiding terbuka di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan jenayah tersebut membabitkan mata wang dolar AS berjumlah AS$6.94 (RM25 juta).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di aras 14 Blok C, Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019.

Jika sabit kesalahan Shahrum Nizam berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat serta denda, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hakim, Suzana Hussin, kemudian menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes tersebut. Dia juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pihak pendakwaan hari ini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Shahrum Nizam akan dihadapkan dengan 110 lagi pertuduhan baru membabitkan kes pengubahan wang haram.

Dapat liputan meluas media

Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak mendedahkan bila pertuduhan baru itu akan dihadapkan kepada tertuduh.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang pegawai kanan SPRM akan dituduh hari ini berhubung kecurian wang tunai yang dikaitkan dengan satu kes rasuah yang besar.

Pada Sept lalu, SPRM menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap "seorang bekas ketua jabatan."

Wang tunai yang hilang itu disita SPRM pada 2018 semasa siasatan ke atas bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid.

Hasanah didakwa pada 2018 dalam kes pecah amanah membabitkan RM50.4 juta milik kerajaan. SPRM menyita wang tunai dan barangan daripada Hasanah berkaitan siasatan kes itu.

Hasanah kemudian dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan dalam perbicaraan pada April tahun ini.

Ekoran itu, dia pergi ke SPRM bagi menuntut wang tunai yang disita dan mendapati sejumlah RM25 juta telah hilang.

Pada bulan sama (Sept) tahun lepas, SPRM mengumumkan yang ia menyelesaikan siasatannya terhadap dakwaan kehilangan wang bukti RM25 juta itu, dan telah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Semasa prosiding hari ini, Wan Shaharuddin menggesa hakim tidak membenarkan Shahrum Nizam diikat jamin memandangkan keseriusan kes tersebut.



Katanya, kesalahan tersebut membabitkan wang yang besar dan melibatkan seorang pegawai penguat kuasa agensi kerajaan.

Wan Shaharuddin memberitahu mahkamah besarnya amaun terlibat dalam kes tersebut boleh dilihat daripada liputan meluas media berhubung kes berkenaan, baik di dalam mahupun di luar negara.

Dia juga mengingatkan mahkamah, Shahrum Nizam merupakan seorang tahanan yang sedang melalui penahanan selama dua tahun di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

Nilai dianggap keterlaluan

Mengikut akta berkenaan, pihak berkuasa boleh mengenakan langkah-langkah pencegahan sedemikian untuk mana-mana individu yang dikatakan dikaitkan dengan kegiatan melibatkan dadah.

“Kalau pun sekiranya kerajaan cenderung untuk membenarkan ikat jamin - yang kami bantah - maka kami cadangkan ikat jamin ditetapkan sebanyak RM10 juta dengan tiga penjamin tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam bela, K Ponnusamy menyanggah dengan berhujah mahkamah bukan sahaja mempunyai budi bicara untuk membenarkan ikat jamin untuk kes-kes semasa yang tidak boleh diikat jamin, bahkan jumlah RM10 juta yang dicadangkan juga adalah keterlaluan.

“(Nilai) RM10 juta adalah agak keterlaluan dan akan menafikan tujuan ikat jamin (bagi memastikan tertuduh hadir prosiding mahkamah).

“(Untuk kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin) Mahkamah masih mempunyai budi bicara di bawah Seksyen 388 (Kanun Tatacara Jenayah) untuk menentukan sama ada membenarkan ikat jamin (atau tidak),” katanya.

Ponnusamy kemudian meminta agar ikat jamin dibenarkan memandangkan Shahrum Nizam , yang sudah berkahwin dengan dua orang anak, menghidap kanser hidung dan cakera tulang belakang teranjak (slipped disc).

Bagaimanapun, Suzana bersetuju dengan permohonan pendakwaan dengan tidak membenarkan ikat jamin kepada tertuduh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 11:43 AM | Show all posts
hyie replied at 4-1-2022 11:04 AM
follow jah @ES_EdisiKhas kat twitter chuolszahhh

twitter paling sampah lepas PH jatuh tersungkur
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 11:44 AM | Show all posts
Jawapan standard bila masuk mahkamah, pasti yang ni pun lama siri dramanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah semoga semakin ramai yang mengamalkan rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 11:58 AM | Show all posts
Rasanya dia ni proxy jah ni.  Or dikambinghitamkan oleh org2 yang empunya duit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mentang la dia ni marhaen, dan2 nilai juta2 tu keterlaluan. yg berbillion2 dan kes dah dijatuhkan hukuman pun aman2 je dok main fb pongpang2 sana sini pakej buleh tubek malaysia lagi. takdop plak wujud 'keterlaluan' sehingga tidak blh
dijamin.
apapun, bagus la jgn diberi ikat jamin, kat malaysia ni mcm2 blh jadi. pondan pun buleh lepas ke telen naik ketapi brg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.098100 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list