CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 1

AS mohon tangguh 5G, mahu kaji gangguan terhadap pesawat

[Copy link]
Post time 2-1-2022 05:38 PM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) meminta pengendali telekomunikasi AT&T dan Verizon untuk menangguhkan pelancaran rangkaian komunikasi 5G sehingga dua minggu lagi.

Tindakan itu didorong oleh ketidakpastian kesan teknologi jalur lebar berkelajuan tinggi itu terhadap peralatan penting keselamatan penerbangan.

Dua syarikat berkenaan semalam memaklumkan sedang meneliti permintaan terbabit.

Pelancaran teknologi jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi di AS itu ditetapkan pada 5 Disember lalu tetapi ditangguhkan kepada 5 Januari selepas gergasi aeroangkasa, Airbus dan Boeing, membangkitkan isu keselamatan.

Syarikat pembuat pesawat itu bimbang kemungkinan berlaku gangguan terhadap peranti yang digunakan untuk mengukur tahap ketinggian pesawat.

Setiausaha Pengangkutan AS, Pete Buttigieg dan pentadbir Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Steve Dickson, memohon penangguhan terkini dalam surat yang dihantar kelmarin kepada dua pengendali telekomunikasi terbesar di negara itu, AT&T dan Verizon.

Surat berkenaan meminta syarikat itu menghentikan sementara pelancaran perkhidmatan C-band komersial, julat frekuensi yang digunakan untuk 5G selama tidak lebih dua minggu lagi selepas tarikh dijadualkan pada 5 Januari.

Jurucakap Verizon, Rich Young, memberitahu AFP bahawa pihaknya menerima surat daripada kerajaan selepas jam 6 petang (waktu tempatan) ketika sambutan tahun baharu dan kini dalam proses pertimbangan.

Dalam surat itu, pegawai AS memberi jaminan kepada syarikat berkenaan bahawa perkhidmatan 5G akan dapat dimulakan 'seperti yang dirancang pada Januari dengan pengecualian tertentu di sekitar lapangan terbang yang diberi keutamaan'.

Tambahnya, keutamaan mereka adalah bagi 'melindungi keselamatan penerbangan, sambil memastikan penggunaan 5G dan operasi penerbangan boleh wujud bersama'.

Februari lalu, Verizon dan AT&T mendapat kelulusan untuk mula menggunakan jalur frekuensi 3.7-3.8 GHz pada 5 Disember, selepas memperoleh lesen bernilai puluhan bilion dolar.

Bagaimanapun, tarikh pelancarannya ditangguhkan pada Januari apabila Airbus dan Boeing membangkitkan kebimbangan kemungkinan gangguan terhadap altimeter radio kapal terbang yang boleh beroperasi pada frekuensi sama.

Susulan itu, FAA meminta maklumat lanjut berhubung instrumen berkenaan dan mengeluarkan arahan mengehadkan penggunaan altimeter dalam keadaan tertentu, yang mencetuskan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap potensi peningkatan kos.

Dalam pada itu, pada Februari lalu, konflik antara rangkaian 5G dan peralatan pesawat menyebabkan pihak berkuasa Perancis mengesyorkan telefon mudah alih dengan 5G dimatikan ketika berada di dalam pesawat.

Pihak berkuasa penerbangan awam Perancis berkata, gangguan daripada isyarat pada frekuensi berdekatan dengan altimeter boleh menyebabkan kesilapan 'kritikal' ketika pesawat mendarat. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2022 05:44 PM | Show all posts
huyoooo boleh kawal kapaiterbang woooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.083332 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list