View: 1590|Reply: 12
|
Rumah Eisya Nurani tenggelam tiga hari
[Copy link]
|
|
Rumah Eisya Nurani tenggelam tiga hari
Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
Kuala Lumpur: "Apabila hujan sahaja saya fobia. Tengok awan gelap sahaja pun saya sudah menggelabah," kata bekas penyanyi Eisya Ahmad atau lebih dikenali sebagai Eisya Nurani.
Ia berikutan kediamannya yang terletak di Kampung Sri Aman, Puchong, ditenggelami air sehingga paras bumbung dalam kejadian banjir besar pada 18 Disember lalu.
Eisya, 45, yang aktif menyanyi sekitar tahun 1997 hingga 2000 berkata, dia tidak menduga rumah setingkatnya dinaiki air dengan cepat.
"Petang Sabtu menjelang Maghrib air sudah mula naik. Tapi kami tunggu lagi kerana kawasan ini memang kerap banjir. Namun tak sangka sampai begini sekali kesannya.
"Tiga hari rumah kami tenggelam, dan pada Isnin air baru mula surut paras pinggang. Proses pembersihan dibantu oleh bekas suami dan adik kepada adik ipar saya.
"Buat masa ini rumah saya bersih bahagian dalam terlebih dahulu. Hanya beberapa barangan seperti perabut diperbuat dari kayu jati yang selamat tapi kesan kerosakan tetap apa. Manakala peralatan elektrik rosak sepenuhnya," katanya kepada Harian Metro.
Selain itu, banjir yang melanda turut merosakkan tiga kenderaan dan empat motosikal milik keluarganya serta studio milik adiknya yang terletak di belakang rumah.
"Semua kenderaan ini sudah ditarik keluar untuk dibaiki. Namun agak sedih lihat peralatan studio milik adik semuanya rosak.
"Saya tinggal dirumah ini bersama suami, emak dan tiga anak iaitu Kasih Muhammad Haikal, 18, Kasih Muhammad Faris, 14, dan Kasih Ayesha Yasmin, 9.
"Dibelakang rumah kami terdapat dua rumah sewa yang dibina oleh arwah abah sebagai sumber pendapatan kami, tapi ia pun tenggelam," katanya.
Eisya yang pernah membintangi filem Gemerlapan berkata, semasa hari pertama kejadian, mereka agak panik kerana tidak membuat sebarang persediaan.
"Dokumen semua dimasukkan dalam kereta kerana ingat nak keluar dengan kereta tapi akhirnya terkepung.
"Kami berjalan kaki redah air lawan arus sejauh 1.5 kilometer dan adik ipar tunggu kami di jalan besar.
"Kami reda sahaja orang tak bantu kerana rumah mereka pun tenggelam. Pihak bomba datang dengan trak tapi mereka terpaksa berpatah balik mungkin kerana air terlalu dalam," katanya.
Mereka sekeluarga mengambil keputusan menumpang rumah adik ipar kepada adiknya.
"Pusat Penempatan Sementara (PPS) ada disediakan tapi saya tak berani ambil risiko kerana bimbang penularan Covid-19.
"Saya pun kini berpurdah dan kurang selesa tinggal di situ. Ada beberapa jiran berikan tikar untuk kami dan saya rasa ia satu benda yang sangat nikmat.
"Kami lebih selesa berada di rumah sendiri kerana tidak mahu menyusahkan orang lain," katanya.
Eisya pernah mendirikan rumah tangga pada 2002. Namun, berpisah pada 2015. Sejak itu, Eisya kembali menetap bersama ibunya di Puchong.
Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang guru tahfiz, pada tahun lalu.
Disiarkan pada: Disember 31, 2021 @ 2:46am
|
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan rumah Eisya yang ditenggelami air pada 18 Disember lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Eisya bersama suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, lama tak dengar berita dia ni.. Ingat lagi muka dia manis comel je, putih je orangnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
stingerprincess replied at 2-1-2022 01:07 AM
Eisya bersama suami.
Waahhh.. lama xdgr berita dia.. berpurdah dah sekarang.. baru nak request dia masuk GV |
|
|
|
|
|
|
|
stingerprincess replied at 2-1-2022 01:06 AM
Keadaan rumah Eisya yang ditenggelami air pada 18 Disember lalu.
Tinggi jgk air tu...perabot yg fabric abis la..yg kayu boleh kembang... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya dengar kisah banjir dia, insap akak kejap |
|
|
|
|
|
|
|
idril replied at 2-1-2022 10:10 AM
sedihnya dengar kisah banjir dia, insap akak kejap
Harus ada banjir hari hari kalau macam iteww...boleh mendatangkheun keinsafan pada lebih ramai makhluk...
Ye kheun?
Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 banjir terus tawadukkkkkk warokkkkk zuhudddddd arrohmah
ni insap pun macam musim banjir gak, tu yg nama dia insaf kejap
|
|
|
|
|
|
|
|
idril replied at 2-1-2022 10:19 AM
hari2 banjir terus tawadukkkkkk warokkkkk zuhudddddd arrohmah
ni insap pun macam musim banjir ga ...
Tahu takpa
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Eisya ni dulu cuteeeee.. cute cantikkk pun kena ceraii.. pastu dok ngan makk.. kesiannya.. patut dulu dptkan org kaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|