CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki ditahan bantu siasatan dera isteri dan sembilan anak

[Copy link]
Post time 1-1-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera isteri dan sembilan anaknya di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, lelaki berumur 41 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada isterinya.

"Wanita berusia 31 tahun yang juga isteri lelaki itu membuat laporan polis mendakwa dia bersama sembilan anak mereka berumur satu hingga 13 tahun menjadi mangsa dera.

"Ekoran itu, polis menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan dia kini direman bermula hari ini hingga 6 Januari, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rawatan perubatan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti berapa ramai anak pasangan itu menjadi mangsa dera namun polis tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang yang mengalami kecederaan.

Ditanya sama ada wanita itu turut didera, Rahimi berkata, pihaknya sedang menunggu laporan perubatan mangsa yang juga warga asing.

Katanya, beliau meminta kerjasama orang ramai atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Gambar seorang wanita bersama sembilan anaknya yang diselamatkan oleh beberapa individu dengan bantuan NGO di Pulau Pinang selepas menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suami mangsa, tular dalam media sosial.

Berdasarkan gambar itu juga, terdapat kesan kecederaan membabitkan beberapa anak pasangan itu malah wanita itu turut mendakwa dia juga didera fizikal dan mental sehingga bertindak meminta bantuan beberapa individu untuk melarikan diri daripada suspek kerana sudah tidak tahan menanggung derita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.356796 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list