CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

Jumlah kakitangan hospital di England 'tidak hadir' meningkat

[Copy link]
Post time 1-1-2022 01:06 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah ambulans melalui tapak pembinaan hospital medan di Hospital St George di London. - Foto AFP

LONDON: Jumlah ketidakhadiran kakitangan hospital di England disebabkan COVID-19 meningkat sekali ganda dalam tempoh sebulan.

Kakitangan hospital yang jatuh sakit atau menjalani kuarantin kendiri disebabkan virus itu meningkat daripada 11,375 pada 29 November kepada 24,362 orang pada 26 Disember lalu.

Pengarah Kesihatan Kebangsaan, Stephen Powis, berkata peningkatan secara mendadak ketidakhadiran kakitangan hospital itu bersamaan dengan jumlah pesakit dalam tempoh 10 bulan.

"Jumlah pesakit di hospital akibat COVID-19 di United Kingdom (UK) merekodkan seramai 11,898 orang pada Rabu lalu, angka tertinggi sejak awal Mac lalu iaitu peningkatan 40 peratus dalam tempoh seminggu.

"Buat masa ini, pihak kami masih belum tahu tahap peningkatan membabitkan varian Omicron," katanya.

Powis berkata, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) kini sedang 'berperang', manakala semua kakitangan dalam keadaan bersiap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan.

UK antara negara Eropah yang terkesan akibat COVID-19, meragut sebanyak 148,421 nyawa setakat ini dengan 189,846 kes baharu dilaporkan.

NHS England melaporkan, hanya 67 peratus pesakit COVID-19 menerima rawatan untuk virus itu, manakala bakinya disahkan positif selepas dimasukkan ke hospital.

Malah, perkhidmatan kesihatan negara terbabit sudah membina beberapa hospital medan sebagai persediaan bagi menampung jumlah pesakit sekiranya katil sedia ada tidak mencukupi.

Agensi berkenaan merancang menyediakan sebanyak 4,000 katil, termasuk menggunapakai kemudahan hospital sedia ada antaranya gimnasium atau pusat pendidikan.

Selain itu, antara perancangan lain termasuk menghantar pesakit yang berada dalam keadaan tidak serius ke pusat penjagaan serta hotel bagi memastikan katil hospital mencukupi. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.064411 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list