View: 9043|Reply: 73
|
Hari pertama tahun baru, Anita Baharom kematian suami
[Copy link]
|
|

Anita mengesahkan berita mengenai kematian suaminya, Ismail kira-kira pukul 8 pagi tadi.
Hari pertama tahun baru, Anita Baharom kematian suami
PETALING JAYA – Kehadiran tahun baharu 2022 disambut berita duka oleh pelakon Anita Baharom selepas suaminya iaitu Ismadi Ismail, 50, disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul lapan pagi tadi.
Menurut Anita, 38, suaminya ‘pergi’ dalam keadaan tiba-tiba tanpa dia sedari di ruang tamu rumah mereka.
“Sepatutnya pagi ini dia menghantar saya menghadiri sebuah pembentangan untuk satu program masjid. Selepas bersiap, saya melihat dia sudah terbaring di atas permaidani di ruang tamu.
“Saya ingatkan suami tertidur. Tapi bila saya kejutkan dia sudah tidak memberi respons. Tangannya juga sejuk serta kebiruan. Terus saya panggil orang masjid untuk melihatnya,” kata Anita ketika dihubungi Kosmo! Online.
Ujar Anita lagi, suaminya memiliki sejarah penyakit kencing manis.
Bagaimana suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tanda-tanda pelik sebelum meninggal dunia secara mengejut.
Lebih hiba, kata-katanya suami bahawa dia akan ‘pergi dulu’ (meninggal dunia) sebelum dirinya kini menjadi kenyataan.
“Arwah tiada menunjukkan tanda-tanda pelik, cuma dia pernah cakap, dia akan pergi dulu sebelum saya,” katanya.
Ditanya mengenai proses pengurusan jenazah, Anita berkata semuanya akan diuruskan di rumah dan pihak masjid.
“Arwah pesan juga kalau dia meninggal dunia, kebumikan di kawasan tempat dia meninggal dunia. Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid,” katanya.
Kata Anita, suaminya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang selepas waktu Zohor sementara menunggu ahli keluarga mertuanya dari Johor.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... rom-kematian-suami/
|
|
|
|
|
|
|
|
Aniza dunia baru… dlu2 dia ni kan kalau jd model iklan, suami dia pun ada… johnson n johnson kot tak silap dlu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Suami Anita Baharom meninggal dunia

Anita mengesahkan arwah suaminya, Allahyarham Mohd Ismadi menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis yang dideritai sejak berbelas-belas tahun lalu. - Foto IG Anita Baharom
KUALA LUMPUR: Jendela 2022 yang diselak dengan berita menyedihkan buat pelakon Anita Baharom, 38, atas pemergian suami tersayang, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam, di sini, jam 8 pagi.
Anita turut berkongsi khabar duka atas pemergian arwah Mohd Ismadi yang juga bekas wartawan dan penerbit program Astro menerusi laman Instagram (IG).
Pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Baru dan Keluarga Iskandar itu bagai hilang kata-kata saat dihubungi BH Online.
"Ujian demi ujian bertandang, terlalu banyak kisah. Saya reda atas pemergian arwah suami dan terima suratan takdir ini.
"Arwah suami sudah berbelas tahun mengidap penyakit kencing manis," katanya kepada BH Online.

Anita bersama suami, Allahyarham Mohd Ismadi dan tiga cahaya matanya. - Foto IG Anita Baharom
Anita juga dengan kerendahan hati memohon doa orang ramai untuk arwah suami.
"Saya mohon doa sanak saudara, sahabat dan semua. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan beramal soleh," katanya ringkas dalam nada sedih.
Bagaimanapun, Anita belum dapat mengesahkan butiran tepat waktu dan lokasi pengebumian.
Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailahirojiun...anak dia ni yg berlakon sekali dgn dia dlm keluarga iskandar eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.Semoga roh ditempatkan di kalangan orang beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pelakon arwah faizal bekas suami penyanyi siti nordiana juga meninggal 1 januari.. Tahun bila tak ingat. Innalillahiwainnailahirojiun.. Moga arwah tenang di sana |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.Meols bru je lepas khatam tgok drama dunia bru. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah wainnailahirojiun.. takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. Bertabahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.. anak2 kecik2 lagi. Moga dikurniakan Allah ketabahan buat anita dan anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..salam takziah semoga anita terus kuat.dulu aku confius dia ni dgn juma..tp anita ni kat luar lawa sft zmn free hair. |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailaihirajiun... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Takziah buat Anita. |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 1-1-2022 01:17 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...anak dia ni yg berlakon sekali dgn dia dlm keluarga iskandar eh?
yup .comel je diaorg belakon dgn mak.
takziah..so sad tau tau dh takde mcmtu je. padahal baru bercakap |
|
|
|
|
|
|
| |
|