CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 0

[Sarawak] 11 kematian direkodkan ‘Op Selamat Krismas 2021’

[Copy link]
Post time 30-12-2021 07:28 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sejumlah 11 kematian direkodkan sepanjang ‘Op Selamat Krismas 2021’ yang dilaksanakan antara 22 dan 28 Disember.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata angka ini meningkat berbanding Op Selamat tahun lepas yang hanya mencatatkan tujuh kematian.

“Kes kematian melibatkan sepuluh kes yang juga meningkat tiga kes berbanding tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, majoriti kematian melibatkan penunggang motosikal dengan empat orang terkorban, diikuti pacuan empat roda (3), kereta (3) dan seorang pejalan kaki.

Antara 22 hingga 28 Disember, polis juga merekodkan sebanyak 305 kemalangan jalan raya, yang merupakan penurunan berbanding 339 kes tahun lepas.

“Polis juga telah mengenal pasti punca utama kemalangan ini iaitu kecuaian pemandu sendiri,” katanya.

Tambahnya, pemandu gagal mengawal kenderaan semasa memandu serta memandu dengan laju tanpa mematuhi had laju dibenarkan lalu terbabas sendiri.

Punca lain kemalangan adalah melanggar belakang kenderaan di hadapan, selain kecuaian semasa memotong kenderaan lain dalam keadaan tidak selamat.

‘Op Selamat Krismas 2021’ turut diadakan serentak dengan operasi lain seperti ‘Op Mabuk’, ‘Op Samseng Jalanan’, dan ‘Op Lancar’ di seluruh negeri.

Seramai 405 pegawai dan anggota trafik telah ditugaskan untuk operasi seluruh negeri.


utusanborneo.com.my/2021/12/30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.382336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list