View: 2519|Reply: 15
|
"Saya tak culik, saya ambil atas permintaan mereka' - Badrul Muhayat
[Copy link]
|
|
"Saya tak culik, saya ambil atas permintaan mereka' - Badrul Muhayat
BADRUL Muhayat
Kuala Lumpur: Pelakon popular era 1990-an, Badrul Muhayat, 53, menafikan dakwaan dia menculik dua anaknya daripada jagaan bekas isteri, Julia Daud.
Walaupun kes ini sudah selesai apabila dua anaknya sudah dikembalikan kepada Julia lewat malam Isnin lalu, Badrul berkata, dia hanya mengambil dua anaknya atas permintaan mereka sendiri.
"Saya bukan culik anak saya, tapi saya ambil mereka atas permintaan mereka sendiri. Tak tahulah macamana kenyataan dia mengatakan saya culik anak saya.
"Itu memang tak benar sama sekali. Anak saya yang hubungi saya suruh ambil mereka. Sekarangkan cuti sekolah. Lagipun sepupu mereka ramai di Kuala Lumpur. Untuk apa saya nak buat satu perkara bodoh yang tidak waras dan benda yang bukan-bukan nak suruh satu Malaysia tahu pasal hal-hal yang macam ini," katanya kepada Harian Metro.
Badrul kesal kerana perkara yang disebarkan ini tidak betul dan menjejaskan namanya.
"Anak saya yang minta saya ambil mereka. Mereka juga dah beritahu bekas isteri seminggu sebelum ini. Saya ambil di rumah mentua hingga ia jadi kecoh tapi mereka benarkan saya ambil.
"Kesan umpil pintu yang dikatakan memang tak benar. Ia bukan umpil kerana anak saya ada kunci sendiri," katanya.
Menurutnya, buat masa ini dia belum terfikir untuk mengambil tindakan susulan.
"Saya sedang fikir langkah yang terbaik untuk satu tindakan yang betul-betul padu dan tengok keadaan. Ini membabitkan anak saya, nanti tak elok pula.
"Saya juga turut diburukkan berkenaan isu nafkah. Ia diberi tapi manusia boleh buat apa sahaja dia nak buat. Takkan saya tak bagi nafkah, gilakah saya? Dia tak ingatkah yang saya tanggung anak, saya bayar bulan-bulan duit pengasuh?," katanya.
Pelakon filem Harry Boy ini bagaimanapun mengakui pernah tidak konsisten memberi nafkah ketika sedang susah.
"Berapa yang saya ada, saya bagilah. Saya tak berlakon sekitar tujuh tahun kerana balik Johor. Jadi saya bagi nafkah ikut kemampuan saya. Kadang-kadang RM1,000, RM500 dan RM300 ikut kemampuan.
"Bekas isteri dah berkahwin semula beberapa tahun lalu. Suaminya pada mulanya tak bergaduh dengan saya. Saya pun tak suka bermusuh dengan orang tapi tiba-tiba saja jadi begini.
"Bukanlah saya ambil anak saya dan simpan lama-lama. Budak-budak apa yang dia tahu. Kan malu dia nak pergi sekolah dengan tindakan tak waras ibunya," katanya.
Badrul agak kecewa dengan dakwaan meninggalkan anak-anaknya Nur Delisha, 14, dan Badrul Hidayat, 11, begitu sahaja di Balai Polis Slim River sebelum diambil oleh Julia.
"Saya mulanya pergi Balai Polis Kuala Kubu Baru dan kemudian ke Balai Polis Slim River kerana polis panggil untuk rakam percakapan saya dan anak-anak saya.
"Kebetulan mereka pun panggil bekas isteri dan suaminya. Jadi selepas mereka rakam kenyataan kami, saya diberitahu oleh Pegawai Penyiasat yang mereka pun ada di sana.
"Saya terus berjumpa mereka dan serahkan anak-anak di situ. Dakwaan seperti yang tersebar memang tidak betul," katanya.
Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan Julia tidak berjaya apabila dia tidak menjawab mesej WhatsApp yang dihantar.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... reka-badrul-muhayat
|
|
|
|
|
|
|
|
Logic gak tu.anak2 pun dah besar...mayb diaorang yg nak balik rumah bapak. Mak pulak cepat gelabah ..bukannye diaorang kecik lagi X reti nak balik sendiri. Time covid ni manalah nak lari. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak tapi tak taulah siapa betul siapa salah. Budak dah besar panjang nak culik kenapa. And kalau betul dia culik kenapa dia pulangkan balik. Rupanya si bini dah kawin lain, mesti anak tak suka duduk dgn laki baru. Haihh orang2 tua ni. Boleh tak jgn gaduh gaduh. Buat malu anak aje. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni polis laa kena tya anak2.. tp dia pun serah anak kat balai polis, so settle dah. skrg ni dah ada dua cerita yg berbeza pulak. apa2 jer laa labuuuuuuuuuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah btol bila kawin beranak pastu cerai..bila anak2 mak yg jaga, time bapak tak bekerja blh pulak culas byr nafkah.. Hmmm
Adalah lbh baik kalau dh tau laki tu jenis culas nafkah anak2, bagi je dia jaga full time, mak cuma ambik seminggu sekali je. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 hal. kalau pun anak2 suh amik... ko sbg bapak tak boleh ke call ex wife tu bg tahu.... ni saya nak amik anak2 ni. derang call suruh amik. kan senang. walaupun anak2 dah bg tahu mak seminggu yg lepas nak g lepak umah bapak. bapak nya pun la hai. bengap. dah kes hak penjagaan tgh berjln.
|
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak bergaduh, anak-anak pulak jadi mangsa..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap mak budak2 tu dah kasi badrul bawak budak2 ni sebelum balik kampung kan? Kalau dia betul2 nak amik budak tu sebab atas perminataan mereka, kenapa mesti break the house...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mereka berdamai...jgn didera emosi ank2...kesian!!! |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 30-12-2021 09:32 AM
Susah btol bila kawin beranak pastu cerai..bila anak2 mak yg jaga, time bapak tak bekerja blh pulak ...
Bpk ya mmg de kes dadah kan.. Sb tu mak yg jg |
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 replied at 30-12-2021 11:47 AM
kalau tak silap mak budak2 tu dah kasi badrul bawak budak2 ni sebelum balik kampung kan? Kalau di ...
Dia kata dia tak umpil pintu tu..tah betoi ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak dah
Lain kali kalau ambik anak bagitau spatah apa susah |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 yg dh besar tu takkan takda kunci ...dh knpa pintu diumpil2....ke pitnah si badrul ...hahahaa....apooo tua2 bgaduh....buruk btol
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku macam sokong badrul muhayat.. dari pembacaan nampak x wife tu yg salah.. kalau tak kenapa tak jawab wasap wartawan.. gituhhh spekuan iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols baca atas tu badrul mention amik anak2 kat rumah mertua.. rumah yg kena umpil tu kes bila pulak.. fenin laa
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurul8001 at 1-1-2022 07:51 PM
Budak2 yg parents bercerai ni fragile. Lagi satu, sangat mencabar ye nak jaga. Susah di bentuk. Kalau tak puas hati dgn mak, minta ayah amik. Kalau tak puas hati dgn ayah, menangis mengadu dgn mak.
Nak tak nak, parents kena lebih bijak, lebih sabar, communicate baik2 sesama sendiri walaupun mungkin masa cerai dulu ada episod baling pinggan. Kalo tak, anak2 mudah amik kesempatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|