CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 0

[Sarawak] Chong dakwa sentimen kerajaan PH beri kesan kepada prestasi DAP pada PRN Sarawak

[Copy link]
Post time 29-12-2021 11:03 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sentimen daripada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan persekutuan selama 22 bulan memberi kesan kepada prestasi DAP pada Pilihan Raya Negeri Safrawak ke-12 (PRN12) baru-baru ini, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen (gambar).
Beliau berkata semasa menerajui pentadbiran kerajaan persekutuan sebelum ini, PH dilihat tidak berupaya memenuhi jangkaan orang ramai yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Menurutnya walaupun PH telah membawa pelbagai pembaharuan dalam sistem kerajaan di samping memperkenalkan langkah-langkah tadbir urus yang baik, pakatan itu tetap tidak dapat memenuhi segala kehendak yang diharapkan orang ramai daripada mereka.

“Kita juga faham bahawa peratus keluar mengundi yang rendah dan pecah undi pembangkang pada PRN12 adalah disebabkan sentimen umum dalam kalangan pengundi di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

“Bagi mereka yang mengundi DAP pada PRU 2018 namun memutuskan untuk tidak lagi memberi sokongan pada PRN12 kerana melihat kami tidak dapat memenuhi harapan anda, kami ingin memohon maaf terhadap segala kekurangan,” katanya pada persidangan media hari ini.

Chong berkata DAP akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di Sarawak, di samping menyokong kebenaran dan menentang apa sahaja yang dilihat ‘tidak betul’ dalam kerajaan semasa.

PRN12 pada 18 Dis lepas menyaksikan DAP hanya mampu memenangi dua kerusi DUN, yakni DUN Padungan yang dimenangi Chong, dan DUN Pending yang dimenangi oleh Violet Yong. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.091115 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list