CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1447|Reply: 7

Biar betik! 'Hamil' 35 tahun

[Copy link]
Post time 29-12-2021 10:44 AM | Show all posts |Read mode
'Hamil' 35 tahun


JANIN ‘bayi batu’ ditemui dalam rahim seorang wanita warga emas di Algeria. FOTO Reddit

Algiers: Seorang wanita warga emas di Algeria tidak menyedari kewujudan janin dalam rahimnya sejak 35 tahun lalu sehingga dia melakukan ujian imbasan X-ray, baru-baru ini.

The Sun melaporkan, ujian imbasan menunjukkan imej janin yang sudah tidak bernyawa dan menjadi keras di dalam rahim wanita berusia 73 tahun berkenaan.

Janin dipanggil lithopedion itu berada dalam tubuh wanita berkenaan selama beberapa dekad.

Ia berusia tujuh bulan dengan berat dua kilogram (kg).

Meskipun begitu, wanita berkenaan menikmati kualiti hidup yang baik dan tidak mengalami kesan sampingan akibat janin yang sudah keras itu, lapor Al Arabiya.

Wanita itu pernah menjalani rawatan perubatan sebelum ini, namun doktor tidak menemui bayi dalam kandungan.

Lithopedion tercipta apabila kehamilan terbentuk di dalam perut dan bukannya di dalam rahim.

Lazimnya, kehamilan gagal kerana janin tidak mempunyai bekalan darah yang mencukupi dan tiada cara untuk badan mengeluarkan janin.

Akibatnya, janin berubah menjadi 'batu' kerana proses imun yang sama seperti apabila tubuh melindungi seseorang daripada sebarang objek asing.

Dr Kim Garcsi, dari Pusat Perubatan Kes Hospital Universiti di Cleveland berkata, kalsifikasi tisu melindungi ibu daripada jangkitan dan 'janin batu' itu boleh kekal di dalam perut tanpa dikesan selama beberapa dekad.

"Kebanyakan orang mengesannya namun tidak melakukan apa-apa selepas mengetahuinya kerana tiada gejala," kata Dr Garcsi kepada ABC News.

Menurut laporan tahun 1996 yang diterbitkan dalam Journal of the Royal Society of Medicine, hanya 290 kes lithopedion pernah didokumentasikan.

Paling awal adalah seorang wanita Perancis berusia 68 tahun Colombe Chatri.

Ia dikesan ketika bedah siasat mayat wanita itu pada 1582.

Dia didapati membawa 'bayi batu' yang berkembang sepenuhnya di dalam rongga perutnya.

Chatri, yang perutnya dikatakan bengkak keras dan sakit sepanjang hidupnya 'hamil' janin itu selama 28 tahun.

Pada 2013, seorang wanita warga emas Colombia terkejut apabila diberitahu doktor bahawa sakit pelvisnya kerana 'bayi batu' berusia 40 tahun.

Selain itu, pada 2009, seorang wanita Cina Huang Yijun, 92, mengeluarkan 'bayi batu' yang dikandungnya selama lebih setengah abad.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2021/12/793791/hamil-35-tahun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2021 11:16 AM | Show all posts

Tak Sedar Mengandung 7 Bulan, Janin Tak Bernyawa Keras Macam Batu Dalam Rahim

Algiers: Seorang wanita warga emas di Algeria tidak menyedari kewujudan janin dalam rahimnya sejak 35 tahun lalu sehingga dia melakukan ujian imbasan X-ray, baru-baru ini.


The Sun melaporkan, ujian imbasan menunjukkan imej janin yang sudah tidak bernyawa dan menjadi keras di dalam rahim wanita berusia 73 tahun berkenaan.


Janin dipanggil lithopedion itu berada dalam tubuh wanita berkenaan selama beberapa dekad.


Ia berusia tujuh bulan dengan berat dua kilogram (kg).




Foto: Reddit




Meskipun begitu, wanita berkenaan menikmati kualiti hidup yang baik dan tidak mengalami kesan sampingan akibat janin yang sudah keras itu, lapor Al Arabiya.


Wanita itu pernah menjalani rawatan perubatan sebelum ini, namun doktor tidak menemui bayi dalam kandungan.


Lithopedion tercipta apabila kehamilan terbentuk di dalam perut dan bukannya di dalam rahim.


Lazimnya, kehamilan gagal kerana janin tidak mempunyai bekalan darah yang mencukupi dan tiada cara untuk badan mengeluarkan janin.


Akibatnya, janin berubah menjadi 'batu' kerana proses imun yang sama seperti apabila tubuh melindungi seseorang daripada sebarang objek asing.


Dr Kim Garcsi, dari Pusat Perubatan Kes Hospital Universiti di Cleveland berkata, kalsifikasi tisu melindungi ibu daripada jangkitan dan 'janin batu' itu boleh kekal di dalam perut tanpa dikesan selama beberapa dekad.


"Kebanyakan orang mengesannya namun tidak melakukan apa-apa selepas mengetahuinya kerana tiada gejala," kata Dr Garcsi kepada ABC News.


Menurut laporan tahun 1996 yang diterbitkan dalam Journal of the Royal Society of Medicine, hanya 290 kes lithopedion pernah didokumentasikan.


Paling awal adalah seorang wanita Perancis berusia 68 tahun Colombe Chatri.


Ia dikesan ketika bedah siasat mayat wanita itu pada 1582.


Dia didapati membawa 'bayi batu' yang berkembang sepenuhnya di dalam rongga perutnya.


Chatri, yang perutnya dikatakan bengkak keras dan sakit sepanjang hidupnya 'hamil' janin itu selama 28 tahun.


Pada 2013, seorang wanita warga emas Colombia terkejut apabila diberitahu doktor bahawa sakit pelvisnya kerana 'bayi batu' berusia 40 tahun.


Selain itu, pada 2009, seorang wanita Cina Huang Yijun, 92, mengeluarkan 'bayi batu' yang dikandungnya selama lebih setengah abad. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2021 11:17 AM | Show all posts
dah ada tadi

[Dunia] Biar betik! 'Hamil' 35 tahun
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5013005&extra=
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 11:32 AM | Show all posts
Lithopedion tercipta apabila kehamilan terbentuk di dalam perut dan bukannya di dalam rahim.

perut bersambung kedubur means sperm masuk ikut belakang but macam mana telur boleh end up dalam perut campur dgn makanan - wartawan ni belajar sains tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 11:51 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-12-2021 11:32 AM
perut bersambung kedubur means sperm masuk ikut belakang but macam mana telur boleh end up dalam pe ...

menurut en wikirare cases ya terjadinya kehamilan di dalam perut
An abdominal pregnancy can be regarded as a form of life threatening condition ectopic pregnancy where the embryo or fetus is growing and developing outside the womb in the abdomen, but not in the Fallopian tube, ovary or broad ligament.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sperma senyawa dalam ovari macam biasa bukan kat perut. maybe salah tulis sepatutnya kat abdomen bukan dalam perut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je cases yang dia still ada period even pregnant. Ada yang xde period lansung so x tau juga preggy. Bila Allah berkehendak dia suruh la manusia ni pikir.. tp camni xkan xpenah tekan perut lansung rasa keras ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 12:18 AM | Show all posts
wow. lithopaedion cayalah ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.110111 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list