SIBU: GPS Sibu menubuhkan pasukan khas wakil rakyat dari gabungan parti itu bertujuan menjadi katalis pembangunan yang lebih efisien membabitkan wilayah sibu.
Adun Nangka Dr Annuar Rapaee memberitahu, pasukan itu yang dianggotai empat ADUN terpilih iaitu beliau sendiri yang memenangi kerusi DUN Nangka, Datuk Sri Tiong King Sing (Dudong), Chieng Jin Ek (Bukit Assek) dan Michael Tiang Ming Tee (Pelawan) yang memenangi kerusi masing-masing pada PRN-12) baru-baru ini.
Kata Dr Annuar, mesyuarat berhubung perkara tersebut diadakan baru-baru ini.
Dr Annuar mendedahkan perkara itu semasa bersama media selepas Majlis Penutupan Sidang Agung Ke-15 Rumpun Silat Sarawak di hotel terkemuka.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengundi Sibu kerana merealisasikan impiannya menambah bilangan wakil rakyat GPS untuk Sibu.
sarawakvoice.com/2021/12/29 |