KUALA LUMPUR: Atas dasar keprihatinan Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL) kepada masyarakat susulan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung baru-baru ini, HASIL telah membuat keputusan untuk membenarkan penangguhan bayaran cukai seperti berikut:
- Tarikh akhir bayaran anggaran cukai kena bayar (CP204) Bagi bulan Disember 2021 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022;
- Bayaran ansuran siasatan/audit/pungutan/guaman sivil bagi bulan Januari 2022 ditangguhkan sehingga bulan Februari 2022;
- Tarikh akhir bayaran PCB dan/atau CP38 bekerja bagi bulan sarana Dismember 2021 dilanjutkan untuk kiremit sehingga 31 Januari 2022; dan
- Bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.
Pembayar cukai dan/atau mahukan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran cukai kepada HASIL melalui e-mel [email protected] dan melalui Borang Maklum Balas yang boleh dicapai di portal rasmi HASIL.
Dokumen yang perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut adalah berdasarkan kepada merit kes. Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan kepada HASIL melalui Hasil Care line, Hasil Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
sarawakvoice.com/2021/12/28 |