CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 658|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kilang sos dan kicap diarah tutup akibat penemuan najis tikus, bersawang

[Copy link]
Post time 28-12-2021 05:33 PM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN BKKM JKNPP menunjukkan tahi tikus ditemukan di kilang memproses sos dan kicap di Jalan Batu Maung, Bayan Lepas, hari ini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Bayan Lepas: Kilang sos dan kicap di Jalan Batu Maung, di sini, yang mempunyai pasaran di seluruh Malaysia dikenakan kompaun dan notis penutupan selama 14 hari susulan gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

Kompaun dan notis diberi susulan penemuan najis tikus dan tindakan pengendali makanan melakukan pemprosesan di atas lantai.

Pegawai Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mesin bagi memproses kicap didapati berkarat dan dikhuatiri mencemarkan kicap itu.

Beliau berkata, bekas digunakan bagi memerap cili didapati tidak bersih, malah pihaknya turut menemukan sawang labah-labah di dalam bekas itu.

"Turut ditemukan ialah najis tikus di sekitar kilang selain bekas bertingkat digunakan bagi mengeringkan kacang soya didapati bersawang.

"Kami sudah menasihati pemilik premis supaya tidak mengabaikan kebersihan selain mengeluarkan kompaun dan arahan penutupan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.


MOHD Wazir menunjukkan sawang yang ditemui di dalam mesin memproses kicap. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Mohd Wazir berkata, pihaknya turut menemukan produk dengan logo halal, malah pemilik mendakwa produk itu adalah milik pihak ketiga.

Katanya, perkara itu dipandang serius kerana produk terbabit berada di dalam premis berkenaan.

"Kami sudah memberi nasihat kepada pemilik premis supaya memastikan kebersihan persekitaran berada dalam keadaan baik.

"Premis berkenaan dikenakan dua kompaun bernilai RM5,000 dan diberi notis penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana gagal mematuhi PJKM," katanya.

Sementara itu, pemilik premis mendakwa kilang terbabit sudah beroperasi selama kira-kira 20 tahun lalu manakala produk kicap dan sos itu adalah bagi pasaran seluruh Malaysia.

Menurutnya, pihaknya akur dengan kesalahan dilakukan dan akan melakukan pembersihan dengan segera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052386 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list