"Bantuan ke Malaysia juga saya bagi cuma jangan memaksa saya untuk menunjukkan di media sosial. Ini privasi saya."
Kredit foto: IG
Usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli menjelaskan dia enggan menghebohkan bantuan yang dihulurkan terutama buat rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir yang melanda.
Tambahnya, dia bagaimanapun lebih cenderung mengutamakan mereka yang ada di hadapannya tanpa mengira dari negara mana.
Dalam masa sama, Iqbal juga menyuarakan rasa khuatirnya terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu.
Kredit foto: IG
Justeru, dia lebih senang memberi bantuan dengan tangannya sendiri atau orang yang dipercayainya.
Untuk apa paksa Iqbal untuk tunjuk di media sosial bantuan diberinya? - CARI |