View: 1062|Reply: 0
|
"Jangan Datangkan Kemurkaan Allah," Jasmin Hamid Sedih Perangai Manusia Ketika Banjir
[Copy link]
|
|
Sepanjang berlakunya musibah banjir di negara kita, pelbagai ragam manusia dapat kita lihat dalam menghadapi bencana ini.
Tidak kurang juga pelakon, Jasmin Hamid berkongsi pandangan tentang isu bantuan yang banyak diberikan kepada mangsa banjir tetapi disekat pihak tertentu.
Foto: Murai.my
Luahan di Instagram Jasmin itu menimbulkan rasa sedihnya dan memberi peringatan kepada mereka yang menjadi penyebab kepada keadaan huru-hara.
"Janganlah datangkan lagi kemurkaan Allah.
"Ingatkan bila Allah dah bagi peringatan macam ini, kita akan ada kesedaran tapi masih juga ada yang lalai hingga mendatangkan huru-hara angkara manusia sendiri," begitulah luahan rasa kebimbangan Jasmin terhadap situasi yang berlaku seperti yang ada di dalam video yang dikongsikan sahabatnya.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
Cukuplah dengan dugaan yang menimpa, janganlah ditambah lagi kesusahan dengan menyekat bantuan yang sepatutnya diterima. Moga mereka yang tergamak melakukan perkara sebegini di beri balasan setimpal sama ada di dunia atau akhirat.
Inilah yang terjadi bila kerajaan huru-hara dan semua keadaan pun jadi tidak teratur dan tiada lagi keadilan kepada semua pihak. Barang orang sumbang buat macam barang sendiri pula. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|