CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 24/12/2021

[Copy link]
Post time 24-12-2021 06:39 PM | Show all posts |Read mode


COVID-19 : Patuhi SOP Sepanjang Krismas
KOTA KINABALU : Penganut agama Kristian dan orang ramai yang menyambut sambutan Krismas esok diingatkan untuk terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia penting bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 ketika menyambut perayaan atau bercuti bersama keluarga.

“Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian dan kepada semua yang meraikannya.

“Adalah diharapkan orang ramai terus mematuhi semua SOP semasa menyambut perayaan atau semasa bercuti bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara ini, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini merekodkan sebanyak 168 kes baharu dengan peningkatan sebanyak tujuh kes berbanding semalam.

Katanya, sebanyak lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 41 kes, Tuaran 30 kes, Penampang 14 kes, Papar 12 kes dan Kota Belud 10 kes.
“Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tujuh daerah.

“Seramai 161 orang daripada 168 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu kes dalam Kategori 3, dua kes masing-masing dalam Kategori 4 dan  Kategori 5,” katanya.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih lagi membuat penilaian ke atas dua kes.


sabahmedia.com/2021/12/24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035385 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list