View: 2218|Reply: 14
|
Diseret, Diikat Abang Dan Bekas Suami Pada Tiang Elektrik Kerana Curang
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial India rakaman video seorang wanita diikat pada sebatang tiang bersama kekasihnya sebelum dipukul selama beberapa jam di khalayak ramai, lapor akhbar Daily Star.
Difahamkan, wanita itu diperlakukan sedimikian kerana didakwa berlaku curang walaupun sudah beberapa tahun berpisah dengan suaminya.
Kejadian dilaporkan dirakam di Mysuru, negeri Karnataka pada 25 November lalu.
Kredit foto: JamPress
Dalam rakaman, wanita terbabit diikat pada tiang elektrik bersama kekasihnya dengan orang ramai berkumpul sambil menyaksikan kejadian itu.
Wanita itu dilihat menggigil dan tidak mampu bergerak kerana kedua-dua tangannya diikat.
Menurut akhbar tempatan, India Today, wanita berusia 30 tahun itu sudah berpisah dengan suaminya dan tinggal bersama kedua-dua orang tuanya sejak tiga tahun lalu.
Dia kemudiannya menjemput lelaki berusia 24 tahun untuk minum teh di rumahnya sebelum abang dan bekas suaminya datang dan menyerang mereka.
Mereka kemudian diseret ke sebatang tiang elektrik terdekat dan dipukul selama beberapa jam.
Ketua kampung yang mendapat tahu tentang insiden itu kemudiannya masuk campur dan membebaskan pasangan itu.
“Kami telah mendaftarkan kes ini dan siasatan sedang dijalankan,” kata seorang pegawai polis tempatan.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Siapalah agakya yang jadi tukang report kat bekas lakinya tu |
|
|
|
|
|
|
|
India kan 1suami sampai kemati |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang acik2 nak tengok jadi kat Malaysia cuma upgrade rejam guna batu.
sudah. lepas ni jangan kutuk2 India lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ganaznyaa..bekas somi? curang menda kalau bekas somi..india ni mmg gini ke?kt tmpt kerja skrg ramai bethol yindia..yg pangkat atas2 mostly yindia...yindia lain i ok jah..ada sorg ni hod..kertu dh jgk..xtau nape xselesa bethol la ngn heolss..malu gilerr..kalau jmpa rasa nk nyorok jerr... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak leh terima kenyataan la tu dah cerai |
|
|
|
|
|
|
|
Pariah sgt perangai puak terlukup ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:55 PM
............ |
|
|
|
|
|
|
|
Btul tu, mula2 iol ingtkn blum cerai ke apa, rupa2 nya dh. Chibai, ni mmg kes x dpt trima knyataan lah ni. Kan kat sna prmpuan x oleh mnang, llaki je yg boleh mnang wlaupn bodoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu lelaki yg curang kene mcm ni jgk ke? kesian kaum hawa kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah sampai macam tu sekali, hinanya manusia ini mengalahkan haiwan |
|
|
|
|
|
|
|
Dasyat nye.. kalau rogol tu takde plak nak buat mcm ni..yindia yindia
|
|
|
|
|
|
|
|
ai masih tak paham kenapa org sekeliling boleh tengok saja sorang manusia diperlakukan sebegitu.
even public execution i tak setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin juga belum cerai, cuma pisah
laki melayu pun ada yang macam ni sebab kuasa cerai di tangan dia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|