CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 0

[Sarawak] Tan gesa Violet selenggara, naik taraf infrastruktur asas di DUN Pending

[Copy link]
Post time 24-12-2021 03:55 PM | Show all posts |Read mode


Tan dilihat semasa walkabout di Pasar Kenyalang sebagai menghargai sokongan rakyat semasa PRN12. - Foto PSB

KUCHING: Pengerusi Parti Sarawak Bersatu (PSB) Cawangan Pending, Tan Kay Hok menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong agar berusaha menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur asas di kawasan DUN tersebut, terutamanya bagi kawasan Bintawa, Foochow dan Sungai Apong.

Walaupun tewas dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN), Tan berkata beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat.

Pada 18 Disember lalu, Tan memperoleh 1,858 undi dalam pertembungan lima penjuru yang menyaksikan Yong mengekalkan kerusi Pending dengan majoriti tipis 540 undi.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Violet Yong kerana dipilih semula sebagai ADUN Pending.

"Saya harap beliau (Yong) dan pasukannya akan memberi perhatian sewajarnya kepada keperluan pembangunan Pending," katanya dalam kenyataan susulan lawatan beliau di Pasar Kenyalang di sini hari ini.

Beliau berkunjung ke pasar tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan yang diberikan kepadanya pada PRN12, selain berjanji meneruskan khidmatnya kepada masyarakat.

Tan yang baru-baru ini melawat beberapa kawasan perumahan di DUN Pending berkata, banyak parit dan jalan di kawasan tersebut sedang menunggu masa untuk diperbaiki.

"Ini terutamanya di kawasan Bintawa, Foochow serta Sungai Apong. Terdapat juga keperluan untuk menambah baik parit dan jalan raya pada musim landas," katanya.

Justeru, beliau berharap wakil rakyat itu (Yong) akan memberikan yang terbaik dalam memperoleh dana negeri bagi menambah baik infrastruktur asas di kawasan itu.

Beliau berkata sebilangan penduduk telah lama berhadapan dengan masalah infrastruktur asas yang tidak memuaskan dan mereka mengharapkan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti hidup.

Sehubungan itu, semasa kempen pilihan raya, Tan berkata beliau telah melancarkan manifesto membabitkan beberapa siri rancangan pembangunan bagi kawasan Pending.

Menurutnya, rancangan itu bertujuan menghidupkan semula kawasan tertentu di Pending untuk menarik orang ramai bagi merangsang pembangunan ekonomi.

Beliau juga mengalu-alukan wakil rakyat dan mana-mana individu yang berminat untuk membawa pembangunan kepada Pending bagi merealisasikan rancangannya.
Pada musim perayaan ini, Tan turut mengingatkan semua orang supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

"Sila ambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda dan orang tersayang. Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru," tambahnya.


utusanborneo.com.my/2021/12/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056868 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list