View: 1145|Reply: 7
|
Jilat Skrin TV Je Untuk Rasa Makanan!
[Copy link]
|
|
Seorang profesor di Jepun membangunkan prototaip skrin televisyen yang boleh mengeluarkan rasa pelbagai jenis makanan untuk memberikan pengalaman unik kepada pengguna.
Skrin yang dinamakan Taste the TV itu dihasilkan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih, lapor Reuters.
Kredit foto: Reuters
Lapisan filem itu kemudiannya diletakkan atas skrin televisyen yang rata untuk dirasai pengguna.
Prof Homei Miyashita dari Universiti Meiji berkata, teknologi itu boleh menggalakkan orang ramai berhubung dengan dunia luar terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung.
“Tujuan utama adalah untuk memberikan pengalaman kepada orang ramai pengalaman seperti makan di restoran, walaupun anda sebenarnya hanya duduk di rumah,” katanya.
Projek itu dilakukan Miyashita dengan kerjasama 30 pelajar yang menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu, termasuk garfu.
Miyashita memberitahu, prototaip itu bakal melibatkan kos sebanyak 100,000 yen (RM3,675) untuk dikomersialkan.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau layan cerita lucah camne plak |
|
|
|
|
|
|
|
Inspired by komik Doraemon nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
teknologi yg dimengarutkan...jilat menjilat pulak dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pelik tak Jepun namanya |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana nak transfer carbo dekk... boleh online transfer tak |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai untuk vietkong yang asik meroyan jah keja tak dapat makan daging noreen. kalo takde bideo noreen boleh tayang gambar sendiri jah sebab diri sendiri pon dah noreen sangat perangai kan noreen? |
|
|
|
|
|
|
| |
|