CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 0

[Sarawak] Pengiktirafan Sabah, Sarawak menerusi MA63 harus dilaksana secara fizikal

[Copy link]
Post time 23-12-2021 06:43 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pengiktirafan Sabah dan Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diharap tidak hanya pada penulisan dalam Perlembagaan tetapi diimplikasikan secara fizikal yakni tumpuan pembangunan lebih adil kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (gambar) berkata ia susulan daripada Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Negara, hari ini.

"Saya membangkitkan supaya usaha untuk melonjakkan pertumbuhan di kawasan kurang membangun di Sarawak perlu dipergiat dan bagi tujuan ini, peruntukan Pembangunan Asas Persekutuan perlu dinaikkan serta daripada sumbangan negeri kepada pendapat negara, sebanyak 20 peratus harus dikembalikan untuk pembangunan negeri.

"Peruntukan ini juga perlu ditumpukan dan ditambah  kepada penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi malah liputan jalur lebar melalui JENDELA juga perlu dipertingkat melalui pembinaan infrastruktur digital, termasuk pembinaan menara atau pemancar telekomunikasi," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jaziri berkata, dalam persidangan di Dewan Negara hari ini, beliau jugaa membangkitkan mengenai pembangunan pesat yang sedang berlaku di Kalimantan berikutan pemindahan Ibu Negara Indonesia ke wilayah tersebut.

Jelasnya apa yang menarik pindaan berkenaan adalah tepat pada masanya sejajar dengan pemindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan Timur.  

"Maka itu Malaysia harus memberi fokus dan tumpuan lebih untuk Sabah dan Sarawak kerana Borneo jelas akan menjadi satu titik fokal baru di ASEAN dan jangkaaN keseluruhan KDNK ASEAN adalah sebanyak AS$1.3 trilion pada 2050 selepas China,Amerika Syarikat dan India.

"Maka dengan itu saya mencadangkan harus ada pelan pembangunan strategik Sabah dan Sarawak di peringkat pusat untuk kelestarian pembangunan kerana nikmat ini juga akan dinikmati oleh semua negeri di Malaysia secara keseluruhan," katanya.

Beliau pada masa yang sama berharap Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dapat membentangkan perancangan jangka pendek dan jangka masa sederhana untuk kita melihat perubahan yang akan memberi impak positif kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Jaziri memberitahu dalam perbahasan persidangan Dewan Negara beliau turut menekankan bahawa pindaan ini adalah penting dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan dan hak rakyat Sarawak serta satu pengiktirafan kepada semangat kesatuan negara antara Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya beliau juga menekankan bahawa tuntutan Sarawak dan Sabah ke atas haknya di bawah MA63 bukan untuk kepentingan kedua-dua negeri itu saja, tetapi turut mengambil kira kepentingan Malaysia.

Jelasnya lagi perkara itu diperjuangkan bukan saja untuk Sarawak dan Sabah sahaja malah mengambil kira kepentingan negara supaya Malaysia akan lebih maju dan memiliki semangat perpaduan serta kesepakatan yang tinggi.

Usaha ini penting kerana Kerajaan Sarawak perlu mengambil dasar menumpukan kepada usaha pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyatnya sekali gus dapat mengekalkan kestabilan politik dan kerajaan yang stabil serta dasar yang tidak mahu meminggirkan mana-mana pihak, ujar Jaziri.

"Maka dengan pindaan ini status Sabah dan Sarawak dikembalikan ke status awal dan dengan penubuhan Malaysia bermaksud kita harus raikan Hari Malaysia dengan lebih bermakna.

"Saya mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Hari Malaysia sebagai hari keraian secara besar besaran bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menghayati erti Malaysia yang sebenar," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.041523 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list