CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 1

[Sabah] Lelaki jual air ketum di Papar ditahan

[Copy link]
Post time 23-12-2021 06:39 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Air ketum di dalam 31 botol air minuman dirampas untuk tindakan lanjut.

PAPAR: Kegiatan seorang lelaki tempatan yang memperoleh pendapatan dengan menjual air ketum di sekitar daerah ini berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata suspek berumur 20-an itu kemudiannya ditahan dalam satu serbuan di kawasan Papar kira-kira jam 8 malam kelmarin.

“Bertindak dengan maklumat risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar menjalankan tangkapan terhadap suspek.

“Hasil siasatan awal, pihak polis percaya suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penjualan air ketum.

“Semasa ditahan polis juga menemukan 31 botol minuman plastik yang mengandungi air ketum,” katanya sambil menambah kesemua air ketum terbabit dirampas sebelum dibawa ke IPD Papar untuk tindakan siasatan.

Menurutnya suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Batholomew berkata kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar memaklumkan kepada pihak polis khususnya IPD Papar sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di kawasan masing-masing.


utusanborneo.com.my/2021/12/23
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana pon ade pokok ketum ke...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040673 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list