CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2780|Reply: 1

Kanak-kanak perlu didedah ilmu urus kewangan

[Copy link]
Post time 23-12-2021 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perlu didedah ilmu urus kewangan


Pada zaman sekarang, kebanyakan masyarakat sudah pun menimba ilmu pengetahuan sejak kecil lagi dan jarang ditemui orang yang buta huruf.

Bagaimanapun, celik huruf tidak bermaksud individu berkenaan celik kewangan. Celik kewangan merujuk kepada kemampuan seseorang untuk menguruskan wang, termasuklah kebijaksanaan untuk menabung, melabur, merancang hutang dan membuat lain-lain keputusan yang membabitkan soal kewangan.

Kajian dijalankan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2019 mendapati satu daripada tiga rakyat Malaysia berpendapat bahawa diri mereka mempunyai tahap pengetahuan kewangan yang rendah.

Untuk melahirkan masyarakat yang celik kewangan sejak kecil lagi, ibu bapa memainkan peranan yang penting. Terdapat beberapa cara boleh dilakukan ibu bapa bagi memupuk tabiat kewangan yang baik dalam kalangan anak.

Pertama, membabitkan anak-anak untuk membuat keputusan bagi aktiviti rutin yang berkaitan dengan kewangan. Sebagai contoh, apabila membeli barang keperluan harian, anak boleh diminta untuk membandingkan harga antara barang yang berlainan jenama dan membuat keputusan jenama apa lebih berbaloi untuk dibeli, mengambil kira diskaun terdapat pada barang berkenaan.

Memandangkan anak sudah pun didedahkan dengan cara pengiraan diskaun dalam mata pelajaran Matematik sejak sekolah rendah, hal ini membolehkan mereka mengaplikasikan teori dipelajari dalam kehidupan seharian, di samping memupuk mereka untuk menjadi pengguna yang bijak.

Kedua, memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Tabung yang cantik boleh dihadiahkan kepada anak-anak supaya mereka mempunyai motivasi untuk menabung. Selain itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya mereka mengetahui kepentingan menabung, terutamanya kepentingan wang simpanan ketika waktu kecemasan.

Menurut kaji selidik dijalankan RinggitPlus pada 2020, sejumlah 53 peratus simpanan rakyat Malaysia hanya dapat bertahan selama tiga bulan sekiranya mereka kehilangan pekerjaan.

Bak kata pepatah Melayu 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'. Maka, amatlah penting supaya amalan menabung dipupuk dalam kalangan anak sejak mereka kecil lagi.

Ketiga, meminta anak untuk mengira faedah wang simpanan sendiri. Walaupun dalam mata pelajaran Matematik anak sudah pun didedahkan cara untuk mengira faedah wang simpanan, namun tabiat kewangan yang baik tidak dapat dipupuk sekiranya pembelajaran hanya berfokus kepada teori dan tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Dengan membabitkan anak dalam pengiraan faedah wang simpanan, mereka akan berasa teruja apabila melihat wang simpanan sendiri menjadi semakin banyak. Hal ini akan mendorong mereka untuk terus menabung.

Keempat, memupuk kesedaran keperluan dan kehendak dalam kalangan anak. Ibu bapa tidak harus membelikan apa sahaja barang diminta anak. Dalam hal ini, ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anak untuk membeli barang yang diingini menggunakan duit simpanan sendiri.

Sudah pastinya anak akan lebih bersifat teliti apabila perbelanjaannya membabitkan duit simpanan sendiri yang dikumpul secara bersusah-payah dan ketika inilah, peluang untuk ibu bapa menerapkan kesedaran keperluan dan kehendak dalam kalangan anak. Ini akan memupuk anak-anak untuk berbelanja mengikut kemampuan diri.

Kelima, membabitkan anak dalam permainan Monopoli. Walaupun Monopoli kelihatan sekadar satu rekreasi kepada anak, namun sebenarnya ia satu permainan yang mampu mencerminkan dunia nyata.

Melalui permainan ini, anak akan mendapat gambaran awal mengenai pinjaman bank, hutang, muflis dan pelaburan melalui pembelian rumah. Pendedahan sebegini amatlah penting supaya anak mempunyai pengetahuan asas terhadap sistem ekonomi dalam dunia nyata.

Permainan ini juga dikatakan amat sesuai untuk anak kerana bertepatan dengan naluri semula jadi mereka yang gemar untuk bermain.

Secara tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan amat penting dalam memupuk anak menjadi seorang yang celik kewangan.

Tabiat kewangan yang baik sememangnya penting kerana tanpa tabiat terbabit, wang yang sebanyak mana sekalipun akan dibelanja tanpa perancangan sistematik, akhirnya membawa kepada muflis.

Sim Hong Chin,

Pasir Tumboh, Kelantan
Sumber:https://www.bharian.com.my/renca ... -ilmu-urus-kewangan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Main game je pun boleh ajar urus duit secara tak langsung...
Pandai anak i berjimat cermat dan berusaha nak tambah coins utk beli accessories dalam game tu...
Game apa ntah....  I tau game township je,  rajin bercucuk tanam dan urus kilang dapat la coins utk develop township..  Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052403 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list