|
Edited by Lagubestbest at 22-12-2021 11:40 PM
22 Dec 2021, Jerusalem - Pejabat perdana menteri membuat pengumuman selepas menerima cadangan panel penasihat pakar koronavirus. Dos vaksin ke-4 akan diberi kepada mereka yang berumur 60 tahun dan keatas, frontliners kesihatan dan komorbid (golongan berisiko). Dos ke-4 ini akan diberi selepas sela masa minimum 4 bulan dari dos ke-3. Nasihat pemberian dos ke-3 juga dikurangkan dari 5 ke 3 bulan.
Ketua Pengarah WHO, Tedros berkata kita berpeluang menamatkan pandemik ini pada 2022 dan Israel kelihatannya tidak mahu melepaskan peluang. Israel menjadi negara terpantas mengambil dos ke-4 dan Israel percaya negara-negara lain akan ikut serta.
---
CDC USA pula telah mengemaskini panduan dos booster dan pada masa yang sama telah menyenaraikan beberapa golongan imuniti lemah (immunocompromised) yang layak unduk dos ke-4 yang bakal diberi paling cepat tahun depan 2022. 3% populasi USA adalah immunocompromised. Golongan immunocompromised ini kurang memberi reaksi terhadap vaksin covid-19, jadi keperluan untuk dos ke-4 memang telah dijangka.
---
Tengok pada apa yang KJ lakukan sejak tahun 2020, OF COURSE KKM akan ikut beri dos ke-4. Selepas 4 bulan cucuk booster, jadi mungkin pertengahan 2022. Good luck guys.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|