CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 0

[Sarawak] Kawasan pedalaman di Sarawak alami cuaca, ribut petir sepanjang minggu

[Copy link]
Post time 22-12-2021 05:58 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Beberapa kawasan pedalaman di Sarawak dijangka akan mengalami cuaca hujan dan ribut petir di sepanjang minggu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) di dalam laman sesawangnya pada Selasa, satu atau dua tempat dijangka akan mengalami hujan pada sebelah petang dan malam manakala tiada hujan sebelah pagi.

Selain itu, pada 22 dan 23 Disember ini iaitu, Rabu dan Khamis hujan dijangka turun di satu dua tempat pada sebelah pagi dan malam serta ribut petir pada sebelah petang.

Pada 24 Disember (Jumaat) pula, tiada hujan dijangka pada sebelah pagi, ribut petir akan berlaku di satu dua tempat pada petang dan malam akan mengalami hujan.

Seterusnya, pada pada 25, 26 dan 27 Disember (Sabtu, Ahad dan Isnin) cuaca dijangka hujan pada sebelah pagi, ribut petir sebelah petang dan hujan pada waktu malam.

Sementara itu, amaran hujan berterusan (Waspada) juga dikeluarkan berkuat kuasa semalam (21 Disember) melibatkan kawasan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Perlis; Kedah; Pulau Pinang; dan Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama).


sarawakvoice.com/2021/12/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.079021 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list