NEW ORLEANS: Seorang wanita di New Orleans begitu bernasib baik setelah menemui 12 mutiara butir kecil dalam tiram yang dihidangkan kepadanya.
Keely Hill, 32, guru tadika menemui mutiara dalam hidangan tiram yang dipesannya di Restoran Superior Seafood.
Menurut Hill, dia merasakan terdapat mutiara di dalam mulutnya ketika menyedut tiram itu, malah dia mengunyah salah satu daripada mutiara tersebut dengan giginya.
Hill berhasrat memasukkan mutiara yang ditemuinya ke dalam cincin sebagai tanda kasih sayang kepada arwah ibu saudaranya Cathy, yang merupakan orang yang sangat penting bagi Hill ketika dia membesar.
Menurut the Ottawa Sun, sebelum ini pada 2008, pemilik restoran Lubnan dan isterinya menemui tiram yang mengandungi 26 biji mutiara, yang sehingga kini merupakan rekod tidak rasmi penemuan sedemikian.
sarawakvoice.com/2021/12/21 |