CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4445|Reply: 40

Pelakon Taiwan Meninggal Dunia Wasiatkan Harta Berjuta Kepada 'Maid' Indonesia

  [Copy link]
Post time 21-12-2021 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Nama pelakon Taiwan Chen Sung-Young menjadi sebutan setelah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember lalu.


Selain khabar kematiannya, pelakon berusia 80 tahun itu turut memberikan sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pengasuhnya, Yule yang berasal dari Indonesia.








Chen mengembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taoyuan Chang-Gung Memorial setelah bertahun-tahun melawan komplikasi daripada pelbagai penyakit.


Aktor berasal dari Taiwan ini memulakan kerjayanya pada 1970 dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular selama beberapa dekad termasuk lakonannya bersama Jet Li dalam filem Hong Kong Fong Sai-yuk.


Dia memenangi penghargaan untuk drama sejarah Taiwan berjudul 'A City of Sadness' yang diarahkan Hou Hsiao-hsien pada 1989.




Kredit foto: Liputan




Chen memilih untuk bersara daripada bidang lakonan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot pada 2000 dan kemudiannya mengalami strok pada 2006.


Bagaimanapun, Chen memilih untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.


Namun, TAIWAN NEWS melaporkan dalam beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri.




Kredit foto: Focus Taiwan, IDN Times




Sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini.


Chen berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia.


Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la kau sis....tapi jangan lupa selalu la ziarah ke kubur Chen ni bacakan doa bagi menghargai jasa beliau
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 01:55 PM | Show all posts
Tak sia2 berbakti dah dapat hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak cik iols pun wasiatkan sebahagian harta dia pd maid dia yg jaga dia smpi dia meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je duit dia sukati dia nk bg sapa pun nak plak dia takde waris.
Hanya pengasuh dia je yg byk bantu menjaga dia.
Lagipun bila dia mati pengasuh dia pun akan kehilangan kerja juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol kengkadang tengok vlog Youtube warga TNI ini kerja di Taiwan, Hong Kong. Tak hairan jika dianggap seperti anak kerana memang bagus cara meka jaga family majikan meka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Carlos Marin Il Divo pun meninggal sebab komplikasi covid.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:19 PM | Show all posts
Suchi replied at 21-12-2021 06:00 AM
Ok je duit dia sukati dia nk bg sapa pun nak plak dia takde waris.
Hanya pengasuh dia je yg byk bant ...

tapi soalan bertanda soal :
adakah Yule akan meneruskan pekerjaan maid
atau membina perniagaan seperti di minta si mati ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
owh pakcik ni
yg aku ingat filem2 HK awal 90an banyak ada muka pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:55 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-12-2021 02:08 PM
Carlos Marin Il Divo pun meninggal sebab komplikasi covid.

serius la da meninggal??

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 21-12-2021 02:55 PM
serius la da meninggal??

Iols come across berita pagi tadi. Umur baru 53.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:00 PM | Show all posts
dia ni selalu berlakon dgn stephen chow tu kan. suka tgk citer cine zaman dulu2x
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:10 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-12-2021 02:08 PM
Carlos Marin Il Divo pun meninggal sebab komplikasi covid.

omg terkejutnya.. my fav dlm il divo  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok video amah dia layan dia pun dengan cara baik so memang layak dan untung sheols....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:16 PM | Show all posts
Kat Saudi ramai maid indonesia jadi kaya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-12-2021 02:08 PM
Carlos Marin Il Divo pun meninggal sebab komplikasi covid.

omg...iols baru baca,berita heols psl masuk spital sbb keadaan dah makin serius.. xsangka dah passed away...iols minat grup nih...RIP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 03:47 PM | Show all posts
itu namanya rezeki,bila buat kerja dengan amanah,walaupun majikan dia bukan islam
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang usahawan di satu negeri ni
Dulu keje bawak yatch mat saleh kat obesi
Dia dah ada anak bini
Bila majikan mati semua reta bagi dia
Balik sini buka bisnes
Aku tak la husnuzun tapi for sure heol jaga majikan sampai akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 21-12-2021 01:18 PM
Untung la kau sis....tapi jangan lupa selalu la ziarah ke kubur Chen ni bacakan doa bagi menghargai  ...

Sounds like legal wife
Tak mustahil
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 04:32 PM | Show all posts
kadang2 maid indon ni ada bagi extra service...sebab tu majikan sayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.474642 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list