CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hBk

apsal susah sgt jemaah2 nk penuhkan, rapatkan saff?

[Copy link]
Post time 26-8-2010 02:25 PM | Show all posts
Reply 19# yoshimitsu


   
but then ader 1 solution that is bila tahiyat akhir bleh ddk cam tahiyat awl so xder la terhempap kaki2 ittew...so since aku tau 2 aku dh xssh ati dh la kalo nk rapat2..cam seronok lg ader semayang jemaah nih


betul kan,solat jemah ni,bila kita rapat2,kita akan dapat energy daripada jemaah yang lain.tetambah time posa solat jemaah,rasa kurang sket letih berpuasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 12:34 PM | Show all posts
ermmm..mau tanya sikit...
kalau nak rapatkan saf kan, patut nya ke kanan ke, ke kiri?
setakat yang aku tau ke kanan kan??
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 06:39 AM | Show all posts
br jumpa topik ni..
sblm ni asyik luah kat hb pasal isu ni..

sy pn x fhm kenapa payah sgt nak rapatkan saf...
x kan sampai nak kena paksa..kena tarik..
kdg2 rase mcm nak pergi tanya...
ade masalah besar ke kalau rapatkan saf..
tp kdg2 sy sound jugak..ngan cara yg baiklah...

bg sy kalau rapat tu rase mcm...semangat tu lain..fokus tu lain...
kalau ade lopong2(jarak)....mcm ade x kena...(maybe setan duk tgh2)
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:18 PM | Show all posts
Assalamualaikum...korang baca kat bawah nie ....

Solat Jemaah Sentuh Bahu Ubat Pelbagai Penyakit
Posted on Thursday, August 19 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: rozmal

"Semasa saya belajar di luar negara , apabila solat berjemaah dengan pak-pak Arab atau Mat Saleh, saf akan rapat, bahu akan bersentuh, jari kaki juga akan bersentuh dengan jemaah di kiri kanan kita. Tapi , sayang di Malaysia, jarang betul nak jumpa senario begini. Kita lebih suka solat jemaah tak bersentuh bahu dan jari kaki.

Walhal Nabi Muhammad saw yang sepatunya yang kita kasihi dan contohi suruh kita rapatkan saf bila sembahyang, Mungkin sebab banyak saf kita tak rapat, maka macam-macam kacau bilau berlaku di Malaysia sekarang ini di kalangan umat Islam.
Dari saf solat yang tak rapat , dah nampak umat Islam di Malaysia ini tak bersatu hati. Bila kita dah tua ni, badan semakin lemah, uban makin banyak, itu semua tanda nak mati.
Saya mengalami masalah tidak stabil apabila berdiri lama dalam solat, ianya berkaitan dengan sistem keseimbangan badan dalam telinga.
Kalau solat diri lama, rasa nak jatuh. Bila solat tarawikh kena duduk.
Carilah terapi dalam internet. Antara terapinya ialah perlu ada sokongan bila berdiri, atau gerak-gerakkan kaki. Banyak pula gerak kaki, batal pula sembahyang. Alternatif lain ialah sembahyang duduk.  
Jadi saya cubalah sembahyang rapat ke dinding. Alhamdulillah, tiada rasa nak jatuh lagi. Habis tu kalau tak ada dinding atau tiang macam mana ? Nak rapat ke bahu jemaah, semua jemaah kat Malaysia ni kebanyakan bahu jauh-jauh.
Akhirnya saya suruhlah anak saya solat sebelah saya, jadi lengan bahu dia rapat dengan lengan bahu saya, barulah rasa stabil. Tulah, Nabi dah suruh rapat saf, tak nak rapat saf. Sekarang terbukti melalui pengalaman sendiri rapat saf saya tidak hilang keseimbangan badan.
Agaknya kalau semua umat Islam di Malaysia solat jemaah rapat jari kaki dan bahu, mungkin kurang masalah mental, sakit jiwa, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain . Itu semua kuasa Allah.
Sila baca dibawah ini kajian sains, rapat saf dalam solat boleh memberikan tenaga dan memulihkan tenaga dan merawat pelbagai penyakit.
Percuma tu beb, tak payah belanja ribu-ribu , makan suplemen, minum tongkat ali dan sebagainya.
JAKIM, Mufti , Pengerusi Majlis Agama Islam , ABIM, JIM, PAS tak buat promosi besar-besaran ke rapat saf masa solat, bermula Ramadhan ini, Jemaah Tabligh dah lama promosi rasanya.
*****************
SOLAT : KEAJAIBAN DARI SUDUT SAINS  
Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah  membuat  satu  kajian tentang  kelebihan  solat  berjemaah  yang disyariatkan dalam Islam.  Katanya tubuh badan  kita mengandungi dua cas elektrik  iatu  cas positif  dan cas negatif.
  
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
  
Dalam proses  pembakaran  tenaga,  banyak berlaku  pertukaran  cas  positif  dan  cas  negatif,  yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
  
Ketidakseimbangan  cas dalam  badan  menyebabkan kita rasa letih  dan lesu  setelah  menjalankan  aktiviti seharian.
  
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
  
Berkaitan dengan solat berjemaah,   timbul persoalan   di minda professor ini   mengapa   Islam  mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu  yang  didirikan  orang  Islam  mempunyai  bilangan rakaat yang tidak sama.
  
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam badan  kita.  Semasa  kita solat  berjemaah,  kita  disuruh  meluruskan  saf, bahu  bertemu   bahu  dan  bersentuhan tapak  kaki.   Tindakan-tindakan  yang  dianjurkan  semasa  solat  berjemaah   itu   mempunyai  berbagai  kelebihan.
  
Kajian  sains  mendapati   sentuhan  yang  berlaku  antara  tubuh kita  dengan   tubuh  ahli  jemaah  lain yang  berada di kiri dan  kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.
  
Ia berlaku  apabila cas  yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan  ditarik  ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.
Ketika ini  tubuh  kita mengandungi  cas-cas  positif  dan negatif  yang  hampir  seimbang.   Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit  lagi proses  pertukaran  cas agar  keseimbangan penuh  dapat dicapai.   Sebab itu,  solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali  tidak stabil  akibat kehilangan cas lebih  banyak  daripada  tubuh.  Oleh itu,  kita  memerlukan  lebih  banyak  pertukaran cas.
Solat  jemaah yang disyariatkan  Islam  berperanan  untuk  memulihkan   keseimbangan  cas-cas  berkenaan.   Sebab itu,   solat  Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.  
Banyak tenaga  dikeluarkan  ketika  menyambung  kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.  Seperti mana  solat Zohor,  4 rakaat  solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya,  selepas  waktu  Asar  dan  pulang  dari   kerja   kita  tidak  lagi  melakukan  aktiviti-aktiviti yang  banyak  menggunakan  tenaga.  Masa  yang  diperuntukkan pula tidak begitu lama.  Maka,  solat  Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul  persoalan  di fikiran  professor  itu tentang  solat  Isyak  yang mengandungi  4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam  kita  tidak   banyak   melakukan  aktiviti dan  sudah   tentu  tidak  memerlukan  proses  pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut,  didapati  terdapat  keistimewaan  mengapa Allah  mensyariatkan  4  rakat  dalam  solat Isyak. Kita  sedia  maklum,  umat  Islam  amat  digalakkan untuk  tidur  awal agar  mampu  bangun  menunaikan  tahajjud  di sepertiga malam.  Ringkasnya,  solat   Isyak  sebanyak  4 rakaat itu  akan  menstabilkan  cas  dalam  badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama  yang l engkap  dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai  hikmah ynag tersirat untuk  kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan  betapa  kerdilnya  diri dan betapa  hebatnya  Pencipta alam ini.  Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sekian untuk renungan kita bersama
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:19 PM | Show all posts
sambungan

http://pmiupm.net/?p=584  
Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi; Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )
http://www.leewantam.com/2009/06 ... erputus-rahmat.html
SAF SEMBAHYANG JEMAAH RAPAT LURUS BUKTI MENCINTAI RASULULLAH   
Oleh: Syamsul Annuar Yaacob
Sumber: http://www.bharian.com.my
MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW. Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna." (Hadis Riwayat Muslim)  Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.  
Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa. Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)
Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah. Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.
Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah." (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.
Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus. Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid. Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.  
http://al-fikrah.net/News/article/sid=702.html
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 02:43 AM | Show all posts
salam ramadhan sumer...  

actually dah lame dah aku dok perasan mende nih, tp sbb skrg bln po ...
hBk Post at 24-8-2010 12:22



    sebenarnya ni masalah jemaah melayu/indon, dari pemerhatian aku masa buat umrah.  Kat bahagian perempuan, biasanya jemaah ni pergi berkawan.  Dah cop tempat duduk dan tunggu azan pun dalam kumpulan.  Bila start solat je, banyak bahagian kosong kat depan, orang2 Arab akan bergerak ke depan atau mana2 tempat kosong.  Tp jemaah melayu/indon sangat2 susah nak bergerak.  Macammana pun kosong sebelah menyebelah, tetap stay kat tempat asal dia gak.  

Sebab aku selalu pergi masjid solo, aku tak kisah nak fill mana2 tempat kosong.   Sekali bila aku pergi dengan mak aku dan kawan2 dia.  Kes serupa gak, diaorang takkan tinggalkan accessory beg tangan dll) diaorang yg dah letak cantik2 kat atas sejadah tu.  Lebih2 lagi yg bawak sejadah sendiri tu, takkan berganjak ke tempat lain la walau kosong cemana pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2010 04:36 PM | Show all posts
dlu aku pn sama, g solat ngn kwn2, bla ada lompong kt dpn tu mls la nk msuk kn..
tp skang ni dh cerdik, asl ada ksong je aku penuhkan..
tp tu la, msih confuse raatan saf ke kanan ke atau ke kiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2010 10:25 AM | Show all posts
ermmm..mau tanya sikit...
kalau nak rapatkan saf kan, patut nya ke kanan ke, ke kiri?
setakat yang ...
seroja23 Post at 30-8-2010 12:34


xsilap aku kite kne rapatkan ke tengah kan?
kirenyer amek imam sbg titik tengah...
kalu ko dok belah kanan imam, ko kene rapatkan ke kiri...
kalu ko dok belah kiri imam, ko kene rapatkan ke kanan...

rasenyer la, aku pon xarif sgt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2010 10:28 AM | Show all posts
sebenarnya ni masalah jemaah melayu/indon, dari pemerhatian aku masa buat umrah.  Kat baha ...
aurorae Post at 2-9-2010 02:43


xtau plak aku pompuan cmtu, time aku g umrah pak2 arab seboleh2 nk menyelit....
tp kalo bwk beg pon ape masalah dorg pon...
aku kalo bwk beg laptop, pandai2 la dok saf dpn pastu beg tu taruk la dpn mate, selamat la sket sbb ramai org perati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2010 10:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum...korang baca kat bawah nie ....

Solat Jemaah Sentuh Bahu Ubat Pelbagai Penyakit
...
cyril09 Post at 1-9-2010 12:18


thanks for info....

penah gak bace/dgr ceramah pasal ni....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 10:32 AM | Show all posts
xsilap aku kite kne rapatkan ke tengah kan?
kirenyer amek imam sbg titik tengah...
kalu ko dok ...
hBk Post at 3-9-2010 10:25


ooowwwhh..
mksdnya sama la dgn line ke 2,3, 4 semua tuh..
still kena tgk imam ehh??

btw, tq sbb jwb..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 10:35 AM | Show all posts
Assalamualaikum...korang baca kat bawah nie ....

Solat Jemaah Sentuh Bahu Ubat Pelbagai Penyakit
...
cyril09 Post at 1-9-2010 12:18



info yg menarik..thnx for sharing...
tapi kan...jari kaki nk kena ke jari org sebelah mcm mana eh??
kl yg  pompuan kaki rapat cm jauh je..
yg laki x tau la plak...kl rapat bahu mmg biasa la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 07:07 AM | Show all posts
kene bg kerjasamalh utk memenuhkan saf tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 06:08 AM | Show all posts
aku up balik thread nih...

nmpknye masalah yg same maseh berlaku lagi tahun ini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 07:55 AM | Show all posts
Itu salah satu masalah. Sampai kan kat surau bhgn pompuan aku tu ade dua bahagian  tempat org nak sembahyg sbb yg pompuan ni mals nak bangun rapatkan saf ke depan. alasan nak p bilik air senang.
ni ade satu lg aku nak share, kat surau umah aku
Last week aku g terawikh, ape yg musykil kan aku ye lah ade sorang makcik ni dah cabutkan langsir yg pisahkan jemaah laki n pompuan. so takde ape2 yg halang antara laki n pompuan.
yg tu aku tak tau la salah ke tak.
tp yg aku duk prasan siap je 2 rakaat mesti makcik2 perati org laki pastu borak2.
aku heran tul dtg terawikh nak beribadat ke nak tayang muke..
kalu ank dara aku tak kesah lg ni org tua dah nak menopose.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:32 AM | Show all posts
ye ah.. aku pun ade masalah sama gak dgn masjid kat tpt aku ni masa solat terawikh...susah benor nak rapatkan shat pompuan.. aku perasan sbb diaorg ni dtg dgn kawan, so kalu ade 1 ruang kosong diaorg taknak penuhkan ruang tu sbb nnti tak sama dgn kawan.. .  jenuh nk kena tegur suruh penuhkan shaf.. geram tul aku la.. kalu rasa nak berkepit dgn kawan masa solat & taknak penuhkan shaf, pi solat kat umah la.. tak faham2 bahasa ke solat berjemaah kena rapatkan shaf... pastu yg aku geram lg, tak abis2 bersembang..   tak tau nak cakap ape dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 01:11 PM | Show all posts
Itu salah satu masalah. Sampai kan kat surau bhgn pompuan aku tu ade dua bahagian  tempat org nak se ...
kupu Post at 9-8-2011 07:55 AM



    dieorang nak usha montot jemaah laki tu, tengok yg mano paling mantop. boleh buat stok merembes.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 01:55 PM | Show all posts
ini pada pengamatan aku la.....

jemaah yang terdiri dari golongan emak emak, makcik dan nenek nenek yang biasanya susah nak rapatkan saf. kalo sembahyang berjemaah gap saf dia boleh menyelit sorang budak kecik. kita dah nampak dan dah tegur rapatkan saf tapi bila sambung rakaat lain, jadi lagi gap antara saf. pada jemaah yang muda muda, so far kurang atau jarang mungkin sebab kat sekolah dorang dah diajar dan dorang tahu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 02:29 PM | Show all posts
salam ramadhan sumer...  

actually dah lame dah aku dok perasan mende nih, tp sbb skrg bln po ...
hBk Post at 24-8-2010 12:22


ni semua disebabkan kurang kefahaman & ilmu psl rapatkn saf..
takleh nak salahkn diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 02:50 PM | Show all posts
semalam pergi terawih di kampung, terkejut aku dengan keadaan saf.. jarak boleh muat seorang.. depa ikut pada sejadah yang printed banyak2 dan panjang tu.. gambar tu ada jarak, depa pulak ambil sorang satu aku memang kejutan budaya le semalam.. sebab sebelum ni terawih kat surau mak dengan surau rumah sendiri semua rapat sampai berlaga lengan.. sebab aku ingat lagi ustazah cakap x leh ada jarak supaya setan tak join solat sekali.. tak tau le mcm mana depa ni solat jemaah... ikut suka je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.202825 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list