Tular di media sosial baru-baru ini apabila tali pada sebuah buaian gantung yang membawa pasangan pengantin di atas pentas dalam majlis persandingan serba mewah di Raipur, India tiba-tiba terputus.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna Twitter @amandeep14, pasangan pengantin dilihat berdiri di atas sebuah buaian besar berbentuk bulat yang diturunkan dari atas bumbung ke pentas persandingan.
 Kredit foto: Newsdirectory3
Beberapa individu turut dilihat sedang melakukan pertunjukan bunga api.
Namun, ketika buaian itu sedang diturunkan, talinya tiba-tiba putus, menyebabkan pasangan pengantin terjatuh dari ketinggian sekitar 3.6 meter, lapor DNA India.
Mereka bagaimanapun hanya cedera ringan dan meneruskan upacara persandingan itu 30 minit kemudian.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-ratanya kurang bersetuju dengan penggunaan buaian sedemikian dalam majlis persandingan.
Sumber: Kosmo |