View: 940|Reply: 8
|
Elon Musk Nak Bawa Manusia Dan Haiwan Ke Marikh Naik Bahtera Nuh Futuristik
[Copy link]
|
|
London: Rancangan bilionair, Elon Musk untuk membawa roket yang diberi gelaran ‘Bahtera Nuh Futuristik’ ke Marikh diejek saintis yang mengatakan ia sebagai satu tindakan sia-sia dan amat sukar dicapai.
DailyMail melaporkan, Musk, 50, memberitahu majalah Time bahawa beliau mempunyai rancangan besar untuk fasa penerokaan angkasa lepas selepas roket Starship SpaceX mendarat di Marikh dalam tempoh lima tahun akan datang.
Foto: Agensi
“Perkara yang benar-benar besar seterusnya adalah untuk membina sebuah bandar di Marikh dan membawa haiwan serta makhluk Bumi ke sana.
“Seperti bahtera Nuh yang futuristik,” katanya.
Bilionair itu telah berulang kali mengatakan bahawa beliau berhara[ dapat membantu manusia menjajah Marikh apabila sumber Bumi semakin berkurangan dan perubahan iklim menjadi lebih buruk.
“Matlamat keseluruhannya adalah untuk menjadikan kehidupan berbilang planet dan membolehkan manusia menjadi tamadun angkasa lepas,” kata Musk dalam wawancara Time, dan beliau menjelaskan akan membawa haiwan serta tumbuhan ke planet itu.
Usaha itu mendapat kritikan pakar yang ragu-ragu dengan usaha menternak haiwan di planet tanpa oksigen.
Sainstis lain turut berkata, rancangan itu ‘beratus-ratus tahun lagi untuk membuahkan hasil’. -CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
need to start somewhere what
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi betul cita2nya tapi ada orang kata tak salah nak berangan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 15-12-2021 12:28 PM
bodohnya manusia..bumi yg cantik,serba seri lengkap ni tak jaga bebetul,pencemaran sana sini..sibuk nak pi planet lain yg oksigen nak bernapas pun takde.Apoo
better duit berbillion dollar tu spend utk green tech,fusion lagi baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat marikh nk makan apa. Oksigen Ada ka |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 15-12-2021 04:24 AM
bodohnya manusia..bumi yg cantik,serba seri lengkap ni tak jaga bebetul,pencemaran sana sini..sibuk ...
Setujuk ngan chuols. Duit dia Kan 7 keturunan tak abis makan |
|
|
|
|
|
|
|
betterr duit x abis 7keturunan tu dia spend utk mensejahterakan bumi.ada gak pekdahnyaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
iols setuju jah... lepas tgok citer Eternal tiba2 terfikir kenapa manusia hidup di bumi gituhhhhhh....... |
|
|
|
|
|
|
|
omputeh ni bodo bebenau
tak paham nape melayu respect sgt omputeh smapai spe pandai ckp omputih dirasakan satu benda yg berkelass duniaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|