CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 7

"Harap Tak Ada Yang Nak Bawa Kambing Atau Lembu Hari Ini Ya"

[Copy link]
Post time 15-12-2021 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid hari ini menegur tindakan Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR-Hulu Kinta) yang membawa ayam segar ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, semalam.


Beliau berkata, pihak keselamatan diminta melaksanakan pemeriksaan yang lebih rapi terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam dewan negeri termasuk beg dan bungkusan.


Foto: Bernama







"Saya ingin menegaskan perkara yang berlaku ketika sesi perbahasan persidangan semalam sewajarnya tidak lagi berulang.


"Saya harap tidak ada pula hendak membawa kambing atau lembu hari ini ya," katanya berseloroh sebelum meneruskan persidangan yang memasuki hari keempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.


Semalam, Muhamad Arafat mengejutkan Dewan pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 kira-kira 12.23 tengah hari apabila bertindak mengeluarkan ayam segar dari bungkusan beg di tempat duduknya.


Beliau berkata, tindakan itu dilakukan kerana isu harga ayam yang membebankan rakyat ketika ini dilihat seolah-olah tiada tindakan serius daripada pihak berkuasa dan tidak melihat usaha dilakukan exco terbabit seperti mengadakan pertemuan bersama peruncit serta pengusaha bagi menangani masalah sebenar rakyat.


Tindakannya memegang ayam beberapa minit itu menimbulkan suasana lucu di dalam Dewan malah ada antara Ahli Dewan Undangan Negeri yang mencelah dengan mengatakan "ayam itu letaklah...balik buat rendang" selain Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Bebas-Titi Serong) yang mempersoalkan sama ada rakyat bersedia menghadapi harga mentah ayam terutama apabila musim perayaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
We pay our tax for those shit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
syukur...masa ckp pasai xde bajet tuk rimau malaya aritu kt parlimen...xde YB bawa RIMAU nya sekali..kalo x... haru.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 11:23 AM | Show all posts
ok la tu at least ada gak YB cakap pasal rega ayam..awat x nak bawak skali teloq ayam, sayur2, minyak petrol sbab semua tu pun naik harga skali..ahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 11:48 AM | Show all posts
yg gelak2 tu mmg nakharom ape dorang tau pasal rakyat2 nie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau: syukur...masa ckp pasai xde ba ...


Jgn ko xtau..Zahid komedi mmg ada bela tok ghimau aommm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2021 12:19 PM | Show all posts
Nak bagi faham ler tu ayam yang dia maksudkan ayam untuk dimakan elak salah faham
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 01:25 PM | Show all posts
Next time boleh bawa Kambing Golek, mesti semua orang happy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052090 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list