CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 1

Mudah! Jom Bayar Saman Guna ATM Maybank

[Copy link]
Post time 15-12-2021 10:15 AM | Show all posts |Read mode



Mulai 8 Disember hingga 12 Disember 2021 lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun 80% untuk saman trafik terpilih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, mengumumkan pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu  sehingga 31 Disember 2021.


Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.


Kredit Foto - Berita Harian



Selain pembayaran dengan hadir secara fizikal di IPD atau pejabat pos atau pembayaran secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi MyBayar Saman, terdapat satu lagi alternatif orang ramai untuk membuat pembayaran trafik.


Caranya mudah sahaja iaitu dengan membuat pembayaran di mesin ATM Maybank. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:


1. Pilih 'Paybills'


2. Pilih 'Pembayaran Saman PDRM'


3. Masukkan nombor kad pengenalan, anda juga boleh membayar untuk orang lain dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka.


4. Pilih untuk simpan resit untuk tujuan rujukan.


Sebagai info, orang ramai boleh juga hadir ke kaunter JPJ negeri atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.

Selamat membayar saman ya! -CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 04:41 PM | Show all posts
ye, senang yg amat.. smlm aku dh byr guna ATM.. Maybank saja ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.081197 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list