Gara-gara cemburu, seorang lelaki di Indonesia ditampar isterinya di atas pentas ketika asyik menyanyi bersama seorang wanita lain, lapor laman berita Suara.com.
Kredit foto: IG @video_medsos
Kejadian itu dirakam menerusi satu klip video dan dimuat naik ke akaun Instagram bernama @video_medsos.
Menerusi video tersebut, lelaki itu pada mulanya kelihatan gembira dan memegang tangan seorang wanita di atas pentas sambil menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Pandangan Pertama’.
Isterinya yang cemburu bertindak naik ke atas pentas lalu menampar suaminya.
Muzik secara tiba-tiba terhenti dan penonton mula bersorak melihat kejadian yang berlaku itu.
Video tersebut menjadi tular dengan pelbagai komen diberika netizen.
Sumber: Kosmo
|