CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2442|Reply: 21

[Tempatan] Rumah rosak. Penyewa tak bayar sewa dah 2 tahun

[Copy link]
Post time 13-12-2021 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 13-12-2021 02:43 PM

mstar.com.my
Nekad serbu penyewa tak bayar sewa 2 tahun, anak pemilik urut dada tengok rumah jadi port pekerja asing - “Jangan buat naya tuan rumah”
Isnin, 13 Disember 2021 2:00 PM
4-5 minutes






SUDAHLAH sewa tak dibayar sampai dua tahun, rumah pula ditinggalkan dalam keadaan tunggang terbalik.

“Sedihnya, dua tahun penyewa tak bayar sewa tinggalkan macam tu je, call tak dapat, lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru dapat tengok rumah, tahu-tahu jadi macam ni,” tulisnya.

Bercakap kepada mStar, Siti Nur Adila Mohamed Johari, 30, berkata, rumah flat tersebut yang terletak di Taman Melawati, Setapak, merupakan rumah hasil peninggalan arwah bapanya yang dijemput Ilahi pada 2002.

Mesra dipanggil Adila, suri rumah yang juga perunding kecantikan ini berkata, kediaman tersebut pada mulanya disewakan kepada keluarga yang berasal dari Kelantan.

“Sebelum mak akak sakit tahun 2009, rumah itu disewakan, masa tu urusan berkaitan unit flat itu semua mak akak yang settle sendiri.

“Masa tu okay je orangnya bayar sewa rumah tapi lepas mak akak jatuh sakit sebab ada jangkitan kuman pada selaput otak, ia beri kesan pada ingatan dia, jadi akak terpaksa ambil alih uruskan memandangkan ingatan mak akak dah terjejas.

“Masa tu akak tak tahu la deal asal macam mana sebab akak cuma check urusan duit je dan semuanya okay lagi,” katanya yang tinggal di Ijok, Kuala Selangor.

Menurut Adilla, kali terakhir dia berhubung dengan penyewa terbabit adalah pada penghujung 2019.

“Akak tengah pantang anak ketiga, masa tu dia beritahu akan bayar lambat sikit sebab nak balik Kelantan ada urusan, tapi lepas akak habis pantang pun check akaun masih tak ada bayaran,” ceritanya, sambil menambah nombor telefon penyewa tersebut juga sudah tidak dapat dihubungi.

Disebabkan PKP, dia hanya berpeluang untuk melawat rumah keluarganya itu pada 5 November lalu, iaitu selepas dua tahun.

“Memang masa tu tekad nak serbu je, tengok-tengok rumah jadi teruk macam tu.

“Penyewa tu ada buka kedai makan di bawah, tapi bila akak check dengan penduduk di situ beritahu pekerja-pekerja kedai makan dia yang duduk rumah sewa tu, semuanya orang Thailand.

“Patut la jadi macam tu sebab duduk ramai-ramai, memang tak maklum pun, siap buat pengubahsuaian lagi, dia buat partition dekat ruang tamu jadi macam bilik,” ujar anak sulung dari empat beradik ini.


Mereka melakukan pengubahsuaian 'haram' dengan meletakkan papan untuk dijadikan sebuah lagi bilik di ruang tamu.

Menurut Adila, kedai makan penyewa terbabit telah ditutup dan kesemua pekerjanya berkemungkinan telah pulang semula ke negara asal.

Adila dan keluarganya kini berdepan situasi sukar apabila mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membaikpulih rumah tersebut.

“Buat masa sekarang kami tak plan nak sewa lagi, nak kemas apa patut dulu, tapi pada masa depan InsyaAllah, cuma kami akan lebih berhati-hati, pastikan ada perjanjian sebab rasa trauma bila dapat penyewa macam ni.

“Dah tanya orang nak tolong kemas, kos upah je mungkin mencecah RM1,000 ke RM2,000 sebab banyak nak kena angkut, lagi satu rumah tingkat lima pula.

“Bila api air pun dah kena potong, bil air lebih RM600, bil elektrik kami tak periksa lagi,” katanya sambil menambah rumah tersebut sebelum ini disewa pada harga RM400.


Rumah milik keluarga Adilla dipercayai dihuni ramai pekerja asing.

Adila sempat menitipkan pesan kepada semua penyewa supaya lebih bertanggungjawab dan menjaga rumah yang disewa sama seperti rumah sendiri.

“Silap kami sebab tak periksa selalu rumah tu, satu lagi sebab terlalu percayakan orang sebab sebelum ini penyewa selalu update kalau lewat bayar.

“Mak akak pun kata tak apa la tak payah panjang cerita asalkan dapat rumah balik okay dah.

“Saya cuma nak berpesan dan harap ini dijadikan peringatan kepada sesiapa yang menyewa tu jaga la rumah yang kita sewa macam rumah sendiri, jangan buat naya tuan rumah, kesian, banyak kos nak baiki,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat sewa tpi kos repair Tak berbaloi emm
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:14 PM | Show all posts
kat ig berbakul2 makian penyewa ni kena, rasa tenang ke hidup atas kesusahan org dan cercaan netizen. perangai mmg pengotor dan hamjad sgt
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:18 PM | Show all posts
Penyewa from hell…
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu lah serik dah owner2 ni
Nak cari yang gomen sure boleh bayar
Katanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 04:55 PM | Show all posts
satu umah sewa RM700

umah ada 3 bilik... penyewa yg otak dajjal.. dia sewakan setiap bilik rm 250-300.. ruang tamu buh plywood pecah dua... hambik ko ..5 bilik jadinya....

5x300=1500

penyewa duk free..siap dpt income 800 lepas tuuuu....

this is realiti okay... warga asing apa dia kisah...duk jantan pompuan serumah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 13-12-2021 04:55 PM
satu umah sewa RM700

umah ada 3 bilik... penyewa yg otak dajjal.. dia sewakan setiap bilik rm 250-3 ...

Huhu kenyang ke makan duit haram tu
Senang hidup dia rm1500 atas angin
Owner sebenar kena kencing Hidup2
Saman je penyewa ni atas kerosakan yang berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes ini diviralkan muka 1 family dan dibuli netizens akak tak kesah kerana sah2 pelakunya udah kertu berakal umur atas 18.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 05:05 PM | Show all posts
cutieslilies replied at 13-12-2021 04:55 PM
satu umah sewa RM700

umah ada 3 bilik... penyewa yg otak dajjal.. dia sewakan setiap bilik rm 250-3 ...

Benar tu ramai je penyewa buat perangai macam tu.  Nak2 jenis dia tahu tuan rumah tak ada nak datang buat pemeriksaan, hanya tunggu duit sewa bulan2 masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 05:05 PM | Show all posts
tengok je la asal mana
ada nama dengan ic penyewa tu, pi je buat report polis..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 05:12 PM | Show all posts
mmg wujud iya penyewa from hell ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 10:09 PM | Show all posts
tu belum lg jenis x byr sewa...lari tgh mlm...angkut brg2 sume termasuk kipas siling sofa peti ais hak tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2021 10:12 PM | Show all posts
tu isu rumah sewa
homestay pulak
memang penyewa tulis nak menginap cuma 4 org
sekali dtg sampai 12 org
owner tahu pun sebab esoknya ada jiran report

so buat homestay ka
rumah sewa ka
tetap ada masalah
tapi bukan semua ada masalah mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian akak ni. 2thn x byr sewa, umah ranap, penyewa blah gitu je. ambil kesempatan betul dah tau musim pkp org takleh terjah sesuka hati.
geli plak tgk gaya hidup tu mcm x bersih, dah la buke kedai makan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:00 PM | Show all posts
Peningnya ada runah belebih ..hemm itula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 11:04 PM | Show all posts
cutieslilies replied at 13-12-2021 04:55 PM
satu umah sewa RM700

umah ada 3 bilik... penyewa yg otak dajjal.. dia sewakan setiap bilik rm 250-3 ...

taktik ni memang ada ejen rumah/hartanah bangsat mana ntah yang ajar..
taktik penyewa sewakan rumah sewa yang penyewa sewa ke orang luar..untung2 dapatlah 100-200 sebulan..kemudian dah cukup saving beli rumah kos rendah, sewakan..beli rumah kos rendah, sewakan, beli rumah kos rendah lagi, sewakan..

bangsat2 beginilah yang buat orang b40/m40 susah nak beli rumah murah..






Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:10 PM | Show all posts
tuan rumah pun satu hal gak...tulis kehmain panjang berjela, sudahnya "asalkan dapat rumah balik okay dah.."..

apa kejadah...?

lemah betul aku dengan ummah melayu yang guna konsep redha, pasrah, memaafkan segala ni...konsep tunggu Tuhan bayar balik kat akhirat...

kalau semua benda tunggu akhirat, habis tu apa guna Islam perkenalkan hukum dan undang2 Islam untuk kita2 yang teraniaya di dunia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite penyewa rumah cousin i. Rumah 2 tingkat, dah berbulan2 sewa tetiba2 mintak bayar sewa separuh je sbb diorg duduk tingkat bwh je, atas tak naik sgt. Rasa ngok sgt
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tuan rumah kena memilih penyewa.
Tanya kerja apa..
Kalau tak, dapatla penyewa macam ni.
Penyewa dari neraka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.077383 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list