|
View: 1226|Reply: 3
|
Tempat Pegawai Kerajaan Dibunuh, PM Nafi Kediaman Rasmi Berhantu
[Copy link]
|
|
|
Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini memaklumkan beliau dapat tidur lena tanpa sebarang gangguan selepas menjadi pemimpin pertama yang tinggal di kediaman rasmi perdana menteri.
Kediaman rasmi itu tidak diduki sepanjang era pentadbiran Yoshihide Suga dan Shinzo Abe ketika mereka menjadi perdana menteri negara ini.
Sehubungan itu, kediaman tersebut dilaporkan berhantu dan sering berlaku gangguan mistik.
 Foto:Utusan
Tapak rumah itu merupakan tempat tahanan sejumlah pegawai kerajaan yang dibunuh oleh pasukan tentera ketika rampasan kuasa berlaku pada 1936.
Menolak semua laporan tersebut, Kishida memberitahu, dia berasa lebih segar dan tidak mengalami sebarang kejadian pelik selepas bermalam di kediaman tersebut.
“Saya tidur nyenyak dan setakat ini, saya tidak nampak apa-apa kejadian yang menakutkan,” katanya kepada media. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Percaya gak depa mistik ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada kategori rumah di Jepun yg pembeli dan penyewa cuba elak, tp pilihan utk spesis skeptikal dan terdesak rumah murah dipanggil 'jiko bukken' - stigmatized property yakni rumah yg penghuni sebelumnya mati dlm keadaan tak natural, ganas dan ngeri. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sementara itu di tanah air.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|