CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Borneo] [Luar Borneo] Golongan muda dilarang beli rokok seumur hidup pada 2027

[Copy link]
Post time 9-12-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode


WELLINGTON: New Zealand akan melarang penjualan tembakau dalam usaha menjadikan negara itu bebas daripada asap rokok.

Lapor BBC, undang-undang yang dijangka dikuatkuasakan tahun depan akan melarang mana-mana individu yang lahir selepas 2008 membeli rokok atau produk tembakau seumur hidup mereka.

Menteri Kesihatan, Dr. Ayesha berkata, pihak kerajaan bertekad untuk memastikan golongan muda tidak pernah merokok.

Langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan tegas terhadap tabiat merokok yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, hari ini.

Pengumuman itu disambut baik oleh golongan doktor dan pakar kesihatan lain di negara ini yang berharap pembaharuan ‘terkemuka dunia’ itu akan mengurangkan akses tembakau dan menyekat paras nikotin dalam rokok.

Prof. Janet Hook dari Universiti Otago berkata, langkah itu membantu orang ramai berhenti atau beralih kepada produk yang kurang berbahaya sekali gus mengurangkan kemungkinan golongan muda ketagih nikotin.

New Zealand berazam mencapai matlamat nasional untuk mengurangkan kadar merokok nasional kepada lima peratus menjelang 2025, dengan sasaran menghapuskan rokok secara langsung.

Pada masa ini, kira-kira 13 peratus dewasa di negara ini merokok yang menyaksikan penurunan dari 18 peratus, sedekad lalu.

Namun, peratusan itu jauh lebih tinggi sebanyak 31 peratus dalam kalangan penduduk asli Maori yang mengalami kadar penyakit serta kematian lebih tinggi.


9 DISEMBER 2021, 9:10 PM
utusan.com.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051845 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list