View: 1249|Reply: 16
|
Wanita Koma Didera Suami: Luka Bersalin Dijangkiti Kuman, Jahidah Dibedah Kali Kedua
[Copy link]
|
|
Seremban: Wanita yang melahirkan bayi secara pembedahan kerana berada dalam keadaan koma, Jahidah Nordin, 43, terpaksa menjalani pembedahan kedua selepas luka ketika bersalin minggu lalu dijangkiti kuman.
Adiknya, Fazariah, 38, doktor memaklumkan kepada keluarganya pada malam Rabu lalu supaya pembedahan dilakukan dengan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Foto: Harian Metro
"Doktor beritahu luka pembedahan kakak nampak kemerahan dan mereka mahu tengok sejauh mana keadaannya.
"Apa yang merisaukan keluarga kerana ketika ini kakak demam. Tapi setakat dimaklumkan sebelum ini keadaannya dia stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, doktor memaklumkan pembedahan sedang dijalankan pagi ini dan ia mengambil masa kira-kira satu jam dan dalam masa sama Fazariah memohon orang ramai supaya mendoakan proses pembedahan Jahidah dipermudahkan.
Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, secara pembedahan pada 30 November lalu.
Harian Metro pada Mei lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar..ksiannya baca kisah akak ni..iolllss wonder isteri yg kena pukul ni penah x try nak pukul balik suami dorang? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga anak dia membesar penuh kasih sayang.. beratnya dugaan keluarga mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu seksanya kamu kak . Ya Allah berikanlah keringanan kepadanya, sembuhkanlah ia. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sgt masa bc kisah akak ni dlu. |
|
|
|
|
|
|
|
Miraclenya anak dalam kandungan tu mmbesar dengan sihat ya. Maksudnya dia serap zat ibu yang ada serta susu yang ibu sedut jelah ek masa pregnant. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, kurniakanlah akak ni kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nye..
Mmg jangkitan kuman akn membawa ke demam..
Harap2 cpt sembuh ibu.i tgok je muka akak ni teros rase sedih sgt..
Mcm diam je laki durjana. Xkn x jupe carik lg |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 9-12-2021 12:43 PM
Miraclenya anak dalam kandungan tu mmbesar dengan sihat ya. Maksudnya dia serap zat ibu yang ada ser ...
Kan..kuat bby boy die.
Sedih nye.. Semoga bby pn sehat2 je..
Xdpt lg merasa susu ibu |
|
|
|
|
|
|
|
Takat ni i xpenah jmpa@dgq lg. Kalo depa melawan blk mmg xkn kna pukoi dh kot. Kna talak terus
|
|
|
|
|
|
|
|
kuat dugaan utk akk ni..k
sy doakan moga cepat sembuh..baby akk tu tgu akk juga...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya dia.
Moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik.
Dejei btl laki tu |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku thu ceritanya laki tu dah kena tangkap
tapi tak thu la dijamin ke tak
ade kata laki tu sebnrnya berbini byk
and jahidah dan family pun tak thu ada bini2 byk
laki ni acah2 konon peniaga tapi biawak hidup
kak jahidah ni penjawat awam
kat jahidah before janda
dan dgr cerita bini2 yg lelain tu berkerjaya jugak
camne lah leh terpikat dgn biawak hidup muka pecah rumah panas baran
serius memg muka pecah rumah harap makn bini2 yg tanggung
ade jugak cakap laki tu amal ilmu pengasih |
|
|
|
|
|
|
|
anggeriklatifah replied at 9-12-2021 05:11 PM
yg aku thu ceritanya laki tu dah kena tangkap
tapi tak thu la dijamin ke tak
jenis pandai kelentong la tu. i rasa tak ramai pompuan skrg kalau tau jantan bewok nak dijadikan suami. tak ramai yg sanggup 'asal berlaki' kalau tau awal2 la.
yg biasa terjadi lepas nikoh 5/6 bulan baru tau bewok pastu rasa blh ubah jantan/igt jantan nak berubah/dah syg terlebih tu jd 'asal berlaki'.
i hrp akak ni meninggal wpon kejam bunyi sebab mcm terseksa je dlm keadaan dia gitu. tgk gaya adik dia tu mcm blh jaga anak sedaranya. apa pun harap diberi kemudahan segala urusan akak ni+anaknya+keluarganya.
hrp lakinya menderita smpai mati. |
|
|
|
|
|
|
|
apa khabar suami nya? jatuh hukum dera biasa ke atau cubaan membunuh? kalau meninggal jadi kes bunuh ke |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diampunkan dosanya dan diberikan kesembuhan.. semoga anaknya membesar menjadi orang yang berguna |
|
|
|
|
|
|
| |
|