CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5336|Reply: 113

Bawa Anak Syndrome Down Pergi Menoreh, Berhimpit Tidur Dalam Kereta Sorong

  [Copy link]
Post time 9-12-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Mas: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitu peribahasa sesuai dengan ketabahan pasangan suami isteri yang sanggup membawa dua anak mereka ke ladang getah demi mencari sesuap nasi.


Pasangan berkenaan, Zawawi Mat Zain, 34, dan isteri Nur Huzairiefah Huzaimi, 28, membawa cahaya mata mereka, Muhammad Ridhuwan, 7, serta anak istimewa yang menderita sindrom Down, Muhammad Fikri Idham, 4, menggunakan kereta sorong hampir setiap hari.


Bagaimanapun, anak kecil itu seperti lali dengan suasana ladang yang dipenuhi nyamuk, malah sekali sekala berlari-lari bagaikan berada di taman permainan walaupun hanya hutan tempat ibu bapa mereka mencari rezeki.


Perit Cari Rezeki, Bawa Anak Syndrome Down Dalam Kereta Sorong Pergi Menoreh





Zawawi berkata, mereka tiada pilihan selain membawa anak untuk menoreh kerana tidak mampu membayar upah penjaga dan bimbang jika mereka berada di rumah yang jauh dari penempatan lain.


"Seawal jam 6.30 pagi, mereka bersedia mengikut kami ke ladang. Kami membawa anak menggunakan kereta sorong kerana tidak larat mendukung, tambahan anak istimewa kami juga besar.


"Ada masanya jika mereka tidak mahu berada di dalam kereta sorong, kami bentang tikar sebagai tempat berehat. Saya sebak apabila melihat mereka menunggu kami bekerja empat atau lima jam sehari, sehingga terlelap di tikar usang atau berhimpit di dalam kereta sorong.


"Namun, kami bersyukur masih ada rezeki bekerja walaupun sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Kulim, Bukit Tuku, di sini.


Hadir sama wakil badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce dibawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan kewangan selain menjadikan keluarga itu sebagai kumpulan asnaf di bawah seliaan mereka.


Zawawi berkata, dengan mengambil upah menoreh mereka memperoleh RM600 sebulan selain menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM250 bagi anak istimewa mereka, Muhammad Fikri Idham.


Setiap minggu, dia dan isteri membawa Muhammad Fikri menaiki motosikal sejauh 62 kilometer (km) pergi dan balik ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu, bagi mendapatkan rawatan susulan kerana masalah jantung.


"Kami melepaskan kereta yang ada empat tahun lalu, kerana tidak mampu membayar ansuaran bulanan dan bergantung kepada motosikal termasuk untuk ke ladang getah sejauh 10km.


"Jika ke hospital kami biasa berpanas dan berhujan di dalam perjalanan demi memastikan anak istimewa mendapat rawatan sebaiknya.


"Walaupun dua anak kami dibesarkan serba kekurangan, saya harap kasih sayang mereka cukup demi membuktikan betapa berharga mereka buat saya dan isteri," katanya yang ada masanya tidak dapat bekerja kerana pening, kesan kemalangan 12 tahun lalu.


Zawawi berkata, dia bersyukur kerana mendapat rumah hasil bantuan daripada Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (Maik) yang dibina di atas tanah pemberian seorang hamba Allah buat mereka sekeluarga. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg nak suh kahwin awal bi...tu yg i kata klu nak kahwin bg lah financial stabil ckkt...klu gatal sgt...berpuasalah...blh menahan nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:06 AM | Show all posts
Ya Allah semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.  Comel anaknya.

Teringat ada sorang tu kat Kelantan gak, anak 4 semua normal tapi tak nak anak sekolah, sendiri pun tak nak kerja asik menipu sana sini, ketagih cocomelon gak dia ni kut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji 600/bulan pun masih bleh pikir nak kawen? Nak sara diri sendiri pun x lepas
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki dia dapat rumah. Lebih tang tu kurang tang lain.. usaha je la selagi ada daya as long as tak semata tunggu bantuan. Tp kesian juga anak tu tak sekolah ke? Nanti jadi cycle yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nmpk mcm sindrom down pun anak tu..ke anak dia lembam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2021 10:16 AM | Show all posts
i reserved my comment sbab ada anak syurga tu..tapi hati ni x tahan nak megecam orang..yihhhh sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-12-2021 10:10 AM
Gaji 600/bulan pun masih bleh pikir nak kawen? Nak sara diri sendiri pun x lepas

Org2 kg ni kan..bila anak2 tu dah akil baligh je wpun tak keje, hidup pun tak tentu arah dicarikn jgk jodoh suruh kawin..asalkn ada tmpt nk lampiaskn nafsu tu. Sbb tu aku padankn jw muka makpak yg mcm tu..sbbkn anak jantan ko, rosak masa depan anak dara org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Meanwhile kt tred hakim rosli, acik2 porom duk kecam berjemaah sb dia ckp nk rancang kuarga...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:20 AM | Show all posts
kalau tak sekolahkan anak tu sebab kemiskinan, makanya seperti mengundang kemiskinan tu jadi turun temurun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 9-12-2021 10:17 AM
Org2 kg ni kan..bila anak2 tu dah akil baligh je wpun tak keje, hidup pun tak tentu arah dicarikn  ...

Isteri dia now 27thn
So maybe dia kawen ms umur 19/20/22 thn mcm tu sbb anak sulung dh 6thn kan
Mcm ko ckp la..merosakkan masa depan anak org
Umur br lps spm tu, patut gi la further study ke apa..ni jd tmpt lempias nafsu lelaki
Masa depan? Malas nk ckp la
Tgk la and analyse la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:24 AM | Show all posts
mamajawie replied at 9-12-2021 10:16 AM
i reserved my comment sbab ada anak syurga tu..tapi hati ni x tahan nak megecam orang..yihhhh sangat

Bagus tu. Sentiasa ingat diri pahala takde la banyak sangat nak dibagi kepada orang yang dikecam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:28 AM | Show all posts
allah kesianya dekat budak2....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:29 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-12-2021 10:20 AM
Isteri dia now 27thn
So maybe dia kawen ms umur 19/20/22 thn mcm tu sbb anak sulung dh 6thn kan
Mc ...

ada juga jenis mak pak yang kawenkan anak tu awal supaya ada orang tanggung makan minum.
anak lom abis SPM dah atur jodoh, especially yang ketinggalan pelajaran. begitu ia diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 9-12-2021 10:29 AM
ada juga jenis mak pak yang kawenkan anak tu awal supaya ada orang tanggung makan minum.
anak lom ...

True.sbb malas nk tanggung anak tu, maka dikawen kan je la
If the parents awal2 dpt info bahawasanya kalo anak dara dia smbg blajar, at least bleh dpt ptptn or elaun sara diri kalo smbg matrikulasi KPM (x sure zmn skang dpt elaun ke tak...tp zmn adik aku dulu mmg dpt elaun by semester)
Kalo depa tahu smbg blaja kat msia ni masih lg boleh dpt elaun/ptptn, tentu disuruh smbg je blajar
And sambil blaja diploma pun bleh buat part time keje.jd kerani ke,cashier ke...dpt la gak gaji bulanan utk survive sara diri
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:39 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 10:40 AM | Show all posts
kluangman replied at 9-12-2021 10:24 AM
Bagus tu. Sentiasa ingat diri pahala takde la banyak sangat nak dibagi kepada orang yang dikecam.
...

insha Allah setadman..seb baik la ada anak syurga tu kalu x da berguni2 kecaman iollss hamburkan

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-12-2021 10:20 AM
Isteri dia now 27thn
So maybe dia kawen ms umur 19/20/22 thn mcm tu sbb anak sulung dh 6thn kan
Mc ...

Hati keladak I kata parents pempuan tu nak lepas tengkuk diaorg gak so dikahwinkan anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-12-2021 10:20 AM
Isteri dia now 27thn
So maybe dia kawen ms umur 19/20/22 thn mcm tu sbb anak sulung dh 6thn kan
Mc ...

Masa depan nya kat makpak yg sibuk duk carikn jodoh utk anak2 la, dah tau jantan haprak tu malas keje duit spentot pun makpak tanggung, sanggup kawinkn dgn anak dara sendiri janji berlaki n dh tak nyusahkn depa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya bantuan anak istimewa tu naik lah at least rm1000. Supaya ibu bapa atau penjaga dpt beri perhatian penuh mendidik anak istimewa ni. Bersimpati dgn mereka, moga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073119 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list