CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 262|Reply: 0

Bunuh Diri Dan Keluarga Kerana Takut Dipenjara Buat Sijil Vaksin Palsu

[Copy link]
Post time 8-12-2021 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki Jerman membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri dengan meninggalkan nota menjelaskan dia takut dipenjarakan kerana memalsukan pas kesihatan COVID-19, kata pendakwa raya.


Kesemua lima mayat ditemui di rumah keluarga itu di Koenigs Wusterhausen di luar Berlin pada Sabtu, kata pendakwa raya negeri Brandenburg.




Gambar hiasan




Menerusi nota berkenaan, lelaki berusia 40 tahun itu menjelaskan dia mendapatkan pas vaksin COVID-19 palsu untuk isterinya.


Bagaimanapun, majikan isterinya mengesan penipuan itu dan merancang untuk menyiasat, jurucakap pendakwa raya, Cottbus Gernot Bantleon memberitahu AFP.


"Lelaki itu menjangkakan dia dan isterinya akan dipenjarakan dan anak-anak mereka dibawa pergi," kata Bantleon.


Pegawai penyiasat percaya lelaki itu membunuh anaknya berusia empat, lapan dan 10 tahun serta isterinya berusia 40 tahun sebelum membunuh diri.


Jiran menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas melihat mayat di rumah itu.




Lokasi kejadian seorang lelaki dipercayai membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri kerana sijil vaksin COVID-19 palsu di Koenigs Wusterhausen, Berlin. - Foto AFP




Bedah siasat yang sedang dijalankan setakat ini hanya mengesan tembakan di kepala, kata pendakwa raya.


Pihak berkuasa Jerman berulang kali memberi amaran mengenai penyebaran sijil vaksin COVID-19 palsu di negara yang dilanda gelombang COVID-19 baharu.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.076735 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list