CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 689|Reply: 3

[Borneo] [ Luar BORNEO ] Doktor didenda RM12,000 kerana tersalah potong kaki pesakit

[Copy link]
Post time 7-12-2021 12:19 AM | Show all posts |Read mode


Gara-gara kecuaian doktor, seorang warga emas lelaki berusia 82 tahun di Austria menjadi mangsa apabila kaki kanannya dipotong walaupun tidak bermasalah.

Daily Star melaporkan insiden itu berlaku disebabkan kesilapan doktor wanita tidak didedahkan namanya ketika menandakan kaki pesakit yang perlu dipotong.

Menurut laporan tempatan, sepatutnya pemotongan itu membabitkan kaki kiri pesakit, tetapi doktor terbabit melakukan kesilapan apabila menandakan kaki kanan.

Pembedahan dijalankan di Hospital Freistadt pada Mei lalu.

Kesilapan itu disedari oleh seorang jururawat.

Seorang pegawai hospital berkata, malang sekali kes seumpama itu terjadi.

Defendan mendakwa ia hanya kesilapan manusia dan tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi selain menyatakan puncanya adalah masalah sistematik, bukannya kesilapan individu.

“Ralat dalam perancangan pembedahan berlaku kerana tiada maklumat halaman diberikan dalam fail pesakit, itulah sebabnya semakan tidak dapat dilakukan,” katanya.

Hakim mendapati doktor itu bersalah atas kecuaian teruk dan didenda lebih 2,300 Pound Sterling (kira-kira RM12,877).

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2021 12:19 AM | Show all posts
hilang sebelah kaki ... dan akan hilang lagi sebelah ... takat dapat pampasan rm12k jer..?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 05:23 AM | Show all posts
agaknya dua2 kaki tu mmg dh kena ptg sblm nie...aras buku lali...yelah 12k je dpt...nape kwn tu x saman balik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2021 08:10 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 7-12-2021 05:23 AM
agaknya dua2 kaki tu mmg dh kena ptg sblm nie...aras buku lali...yelah 12k je dpt...nape kwn tu x sa ...
tunggu berita seterus nya ...

kot ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.293024 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list