CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 4

Kesian Atuk, Patutnya Kaki Kiri Tapi Kaki Kanan Yang Doktor Potong

[Copy link]
Post time 6-12-2021 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pakar bedah di Austria didenda RM12,900 gara-gara tersalah potong kaki pesakit ketika pembedahan.


Memetik New York Post, pesakit warga emas itu pergi ke sebuah klinik di Austria untuk melakukan pembedahan pada kaki kirinya sekitar Mei lalu.


Bagaimanapun, malang nasibnya apabila doktor melakukan kecuaian dengan memotong kaki kanannya.




Gambar hiasan




Difahamkan, kesilapan itu hanya disedari dua hari selepas pembedahan dijalankan iaitu ketika pihak hospital menukar pembalut pada kaki pesakit.


Berikutan itu, pesakit kemudian diarahkan untuk memotong anggota badannya yang lain juga.


"unca dan kesilapan perubatan dianalisis secara terperinci. Kami amat terkejut kaki salah seorang pesakit berusia 82 tahun telah dipotong pada 18 Mei walaupun terdapat piawaian jaminan kualiti."


Hasil siasatan mendapati doktor terbabit dilaporkan melakukan kesalahan semasa menanda lampiran pada bahagian kaki pesakit.


Doktor itu bagaimanapun mendakwa terdapat isu yang melibatkan arahan semasa pembedahan dijalankan, malah apabila ditanya mengenai kesilapan dalam menanda lampiran, dia hanya menjawab tidak tahu.


Difahamkan, doktor terbabit dipindahkan ke hospital lain dan separuh daripada dendanya telah digantung.


Menurut sumber, pesakit berkenaan meninggal dunia sebelum kes ini dibicarakan di mahkamah.


Sementara itu, balu pesakit menerima ganti rugi berjumlah RM24,000.




Sumber: OhBulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2021 07:10 PM | Show all posts
Malang sungguh bahaya dapat doktor bedah ting tong macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sikit nau denda yer...atok to hilang kaki seumur hidup....ishhh xbbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 07:18 PM | Show all posts
Bukan biasa apa2 procedures pmbedahan seblom patients go under depa double check dlu ngn patients lam OR??
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah akibatnya dapat doktor bedah yang makan steak potong guna pisau tangan kanan tetapi cucuk garfu ke dalam mulut guna tangan kiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.215464 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list