CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 0

[Borneo] [ Luar NEGARA ] S'pura lapor 552 kes baru COVID-19, termasuk 1 kes import positif awal varian Omicron

[Copy link]
Post time 6-12-2021 07:35 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 552 kes baru COVID-19 di Singapura dan 13 kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari Ahad (5 Dis).

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 5 Dis: 552, susut berbanding 743 pada Sabtu

Kes baru dalam masyarakat: 523
Kes import: 15
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 14

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 269,211

MOH mengesan 1 kes import positif ujian awal bagi varian Omicron COVID-19.

Penduduk Tetap lelaki berusia 37 tahun tiba di Singapura dari Afrika Selatan pada 1 Dis dan menaiki penerbangan bersama dengan dua kes Omicron sebelumnya. Dia sudah lengkap divaksin dan mengalami simptom ringan.

Lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang interaksi dengan masyarakat dan tiada sebarang bukti berlaku jangkitan dalam masyarakat daripada kes itu.

MOH pada Khamis melaporkan dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dalam penerbangan SIA diuji positif awal bagi varian Omicron.

BACA: Singapura kesan dua kes import COVID-19 diuji awal positif varian Omicron: MOH

KEMATIAN

Kes kematian pada 5 Dis: 13
Usia: 52-96 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 759

Kesemua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.66, naik daripada 0.63 pada Sabtu.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya dan sejak 23 hari berturut-turut berada di bawah satu. Kadar di bawah 1 bermakna jumlah baru mingguan sedang merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 863 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 155
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 6
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 52
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 51.2 peratus, susut berbanding 54.7 peratus pada Sabtu (4 Dis).

Seramai 1,518 pesakit dibenarkan pulang dengan 242 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 87 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 28 peratus

KELOMPOK JANGKITAN DIPANTAU

MOH pada Ahad turut menyatakan ia sedang memantau satu kelompok jangkitan besar dengan kes baru.

Rumah Jagaan Kurang Upaya THK @ Sembawang melaporkan 25 kes baru, menjadikannya 44 kes secara keseluruhan.

Kelompok jangkitan dibendung menerusi pengesanan, ujian dan pengasingan.

- BERITAmediacorp/HA/ha


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055496 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list