CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Borneo] [ LUAR BORNEO ] COVID-19: Sekolah tahfiz diarah tutup ditutup 7 hari

[Copy link]
Post time 4-12-2021 05:34 PM | Show all posts |Read mode
JASIN: Sebuah sekolah tahfiz di Chenderah di sini, ditutup tujuh hari selepas dikesan terdapat kes jangkitan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, mereka yang didapati positif kini sedang menjalani kuarantin wajib selain Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin, sudah melakukan saringan kepada semua pelajar dan staf di sekolah berkenaan.

"Dimaklumkan terdapat beberapa pelajar asrama serta cikgu yang positif COVID-19 dan mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC, Ayer Keroh.

"Semua mereka ini dalam keadaan yang sihat dan hanya mengalami simptom ringan sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan prosedur operasi standard (SOP).

"Bagi sekolah berasrama mewajibkan setiap individu yang masuk ke sekolah perlu melakukan ujian RTK yang mengambil masa tidak sampai 10 minit.

"Ujian RTK berkala secara rawak juga perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan selain dapat memastikan keselamatan serta kesihatan anak-anak yang belajar terjamin," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 1.048531 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list