KUCHING Jalan Setia Raya (Q4174) akan ditutup sementara pada 3 dan 4 Disember ini bermula jam 7 malam hingga 6 pagi.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata, ia bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan permukaan jalan dan saluran paip air di sepanjang kawasan tersebut dapat dilaksanakan.
“Pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.
“Pengguna jalan raya juga dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan terlibat. Bagi pertanyaan atau aduan, sila hubungi JKR Bahagian Kuching melalui talian 082-203400,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
JKR juga mengingatkan para pengguna untuk mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan dan memberi kerjasama serta mematuhi arahan penjaga laluan untuk melancarkan pergerakan trafik.
by suaraswk
November 30, 2021
|