Bagaimanapun berbeza pula dengan reaksi penyokong JDT. Baru-baru ini wujud sebuah video yang kini hangat berlegar di sosial media.
Kami tahu ia adalah satu gurauan dan tidak mungkin akan dilakukan namun sikap berani lelaki tersebut ternyata makan diri apabila pertaruhan yang dilakukannya salah.
Mendakwa mahu bogel dari Kuala Lumpur sampai ke Johor jika JDT kalah, ternyata perkara tersebut bagaikan bola tanggung bila pasukannya pilihannya itu tewas.
Video berkenaan kemudiannya memang menjadi bahan buat peminat pasukan lain dalam memastikan lelaki berkenaan menunaikan apa yang telah dikatakannya sebelum ini namun sehingga kini, kelibat pun tiada.
Perlawanan final di antara pasukan JDT dan juga KL City baru-baru ini ternyata menimbulkan suasana berbeza apabila penantian selama 32 tahun pasukan KL menjadi juara Piala Malaysia akhirnya berbaloi dengan kemenangan 2-0.